Dendam
Posted by Power Renjis
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis.Tidak kira siang atau malam mereka berdua akan bertengkar.Setiap pertengkaran itu pastinya akan menganggu jiran tetangga.Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah didepanku untuk keluar mencekik engkau.
Terdengar pekikan itu, Jiran-jirannya terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.Beberapa hari berlalu, Wahid ditemui mati akibat menjadi mangsa kejadian langgar lari.
Walaupun benci, sebagai isteri Minah telah menguruskan pengebumian suaminya dengan baik.Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak berasa takut dengan ugutan suaminya dahulu. Engkau tidak takut ke dengan sumpahan dan ugutan arwah suami kau dulu? tanya jirannya.
Tidak!!! jawab Minah. Biarkan saja dia mengorek tanah kuburnya tu.Aku dah tanam dia dengan bahagian depan badannya mengadap kebawah didalam kubur.Biarkan saje dia terus mengorek tanah didepannya.Makin dalam la kubur tu nanti.Nak mengorek tanah dan datang mencekik aku konon.Sekarang ape jadi?Biar dia rasakan!!!
P/S Power Renjis : United ranapkan impian Arsenal.H1N1 ragut korban ke-72.Semua pemimpin parti politik semakin kotor bersama parti-parti dan pengikut mereka.