Pepatah  

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari, Cikgu Zairol masuk ke kelas tingkatan 5. Dia sebenarnya mengajar subjek Bahasa Malaysia.Topik pengajaran pada hari itu berkaitan dengan peribahasa. Di dalam kelas tersebut terdapat seorang pelajar yang sangat lemah dalam bahasa Malaysia. Maklumlah dia bukanlah berbangsa Melayu. Nama pelajar itu ialah Alif. Cikgu Zairol pun berkata kepada Alif. Alif, saya nak kamu beri saya peribahasa yang sesuai bagi situasi ini ya kata cikgu Zairol.Baiklah balas Alif. Cikgu Zairol pun membacakan ayat situasi tersebut. Tahun demi tahun, jumlah anak yatim di rumah-rumah anak yatim semakin bertambah bak kata pepatah.... sambung Alif kata Cikgu Zairol. Dengan penuh yakin Alif pun menyambung Bak kata pepatah KECIL-KECIL TAKNAK MAMPUS BILA BESAR MENYUSAHKAN ORANG. Sejurus selepas itu, 5 pelajar di dalam kelas tersebut telah pengsan kerana ketawa terbahak-bahak... Kisah ini sebenarnya berlaku di sebuah sekolah di pedalaman.

Pemandu Teksi  

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari, seorang wanita berbangsa Filipina di Sabah menaiki sebuah teksi di Kota Kinabalu. Pemandu teksi itu pun bertanyakan kepada wanita tersebut Cik mau pigi mana? Wanita itu pun menjawab Tolong hantar saya pi kampung Dangir ya.Pemandu itu pun hairan, sejak 10 tahun menjadi pemandu teksi, dia belum pernah mendengar nama kampung itu.Oleh kerana tidak tahu lokasi kampung itu, dia bertanya sekali lagi kepada wanita tersebut.Cik, di mana bah itu kampung Dangir?Alamak, encik ni pemandu teksi baru ka? Itu kampung Dangir sana di dakat kampung Likas bah, dakat itu tapak pembinaan bangunan kerajaan yang baru itu jawab wanita itu.OOOh di sana, bah mari la aku hantar kamu kata pemandu teksi itu.Lalu pemandu teksi itu pun menghantar wanita itu ke tapak pembinaan itu.Setibanya mereka di tapak pembinaan tersebut, wanita itu pun berkata Nah kan, kamu tahu juga bah tempat ni, tengok papan tanda yang di situ itu ada tertulis nama kampung ini kata wanita itu menunjukkan jarinya ke sebuah papan tanda di situ yang bertulis DANGER (merbahaya).Selepas kejadian itu, pemandu teksi tersebut telah meninggal dunia kerana ketawa terbahak-bahak sehingga Strok menyerangnya.

Tersasar Lagi  

Posted by Power Renjis

Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran. Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???, sergah Kapten pasukan. Sorry tuann!!! Tersasar tuan!!! balas penembak tu. Takpe takpe saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!! Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf Sorry tuann!!!! Tersasar lagi tuan!!!. Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!! Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Kali ini kapten benar-benar terkejut kerana mendengar sekali lagi perkataan dari orang yang sama: Sorry tuannn!!!!! Tersasar lagi tuannnn!!!!!

Burung Kakak Tua  

Posted by Power Renjis

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.
Isteri : Kenapa abang beli burung ni? Istimewa sangat ke?
Suami : Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula
Isteri : Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?
Suami : Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah
Burung Kakak Tua: SATU-SATU LAH BODOH!!!

Cirit Birit  

Posted by Power Renjis

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? tanya CEO tersebut. Calon pertama berkata FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari Bagus , satu jawapan yang baik kata CEO tadi. Kamu pula ? tanyanya kepada calon kedua. KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip jawab calon kedua. Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan kata CEO itu. Bagaimana kamu pula? tanya CEO kepada calon ketiga. Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas jawab calon ketiga. Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu? CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT jawab calon keempat dengan yakin sekali. Haaa ? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah .. Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS