Daud  

Posted by Power Renjis

Seorang petani sedang duduk di tangga rumahnya sambil menghisap berkotak-kotak rokok dan merenung jauh ke padang rumput.Seorang jirannya lalu di depan rumahnya dan terus menegurnya.

Usup : Ai Daud kenapa dengan ko ni?muke sedih jer.

Si petani melihat jirannya dengan nada sedih dan termenung

Daud : Ntah la usop oi,susah aku nak cakap pasal masalah aku ni.

Si Usop duduk mendekati si daud ingin mendengar cerita ape masalah yang dihadapi oleh si daud.

Usop : Apanye yang susah ko nak cakap?Teruk sangat ke masalah ko ni?sampai berkotak-kotak rokok ko hisap hari ni.
Daud : Macam ni, seperti biasa la kan.Aku ke kandang lembu aku tu nak perah susu.Perah punya perah, masa tu dah dekat penuh satu baldi dah.Tiba-tiba kaki kanan si lembu aku ni g tendang baldi susu tu.Habis tumpah semuanyer.
Usop : La pasal tu je ke? ko monyok sampai camni sekali kenape?
Daud : Ntah la Usop, susah aku nak cakap.
Usop : Ape die yang susahnya?cakap je la.
Daud : Aku ikat la kaki kanan lembu aku tu kat tiang dengan tali.Pastu aku sambung perah lagi.Dah hampir penuh satu baldi, Kaki kiri lembu tu plak tendang baldi susu tu.Tumpah lagi.
Usop : Haaa kena tendang lagi??
Daud : Ntah la Usop susah aku nak cakap kat ko dah.
Usop : Abis tu?ko watpe lagi kat lembu tu?
Daud : Aku ikat la kaki kiri lembu tu kat tiang plak.Pastu aku sambung perah lagi susu tu.Dah nak hampir penuh je, ekor si lembu tu libas lagi skali baldi susu aku.Tumpah lagi susu tu!!.
Usop : Patutla ko monyok je, tapi aku tengok teruk sangat ko ni.Takkan pasal susu tumpah ko sampai berkotak-kotak hisap rokok?
Daud : Tak la usop, susah aku nak cakap kat ko ni.
Usop : Adooiiii, asyik cakap susah nak cakap jer ko ni.Habis tu ko watpe lagi kat lembu ko tu?ko perah lagi ke susunyer?
Daud : Tali aku dah habis guna wat ikat kaki lembu tu.Jadi aku guna la tali pinggang aku ni wat ikat ekor lembu tu.Tiba-tiba je seluar aku jadi longgar bile takde tali pinggang.Bile seluar aku terlondeh je, bini aku datang.Tak sangka pulak aku benda ni boleh jadi macamtu kat aku.

P/S Power Renjis : Kesian budak tu, hidup dalam tekanan dan sekarang huru hara hidupnya dengan masalah.Pandai sangat buat hal dan cari pasal kan?

Masalah  

Posted by Power Renjis

Azlan sudah hampir sejam duduk disebuah bar sambil merenung minumannya.Tiba-tiba datang si Mat si mamat penyakat.suke menyakat orang tak kire mase dan waktu.dilihatnye si Azlan ni hanya merenung minumannya.Lalu dengan pantas si Mat merampas minumannya dan meminumnya tanpa rase bersalah.si Azlan hanya merenung sedih dan kelihatan seperti ingin menangis.Lalu si Mat pun berkata.

Mat : Rilek ar bro,gua gurau je tadi.Biar gua belanja lu air.
Azlan : Bukan aper,harini adalah hari paling teruk aku.Kau tau? dah la aku tertido dan bangun lambat pegi ke ofis.Pastu sampai-sampai,boss aku marah giler terus pecat aku.Pastu aku nak blah la dari ofis tu.Tme aku cari kete aku,kete aku lak kene curi.Rport polis,polis kate tak boleh wat pe pun.Pstu aku balik la umah naik teksi.Ssampai je umah,aku baru teringat wallet aku dengan semua credit card aku dan segala macam mak nenek kad sume ade kat wallet aku tu.Driver teksi yang bijak tu blah camtu je.Aku masuk umah pastu terus masuk je bilik,aku nampak bini aku tengah tido dengan aku punye tukang kebun.Skang aku datang la sini.Aku pikir aku dah takde semangat nak hadapi sume ni.Aku mahu mati.Tapi kau rosakkan semuanya.
Mat : Apesal dengan aku plak?
Azlan : Kau bodoh!! ko minum racun aku ape kes?!!!!

P/S Power Renjis : Teruskan dengan niat jahat tu nazri teruskan!!! Ade jeans nak jual kat sini : http://vintage-1986.blogspot.com/2009/08/denim-untuk-dijual.html

Hujan  

Posted by Power Renjis

Perbualan antara murid tahun dua dan gurunya

CIKGU : Arip,kenapa kamu datang lewat hari ini??
ARIP : Hujan lebat cikgu.
CIKGU : Semalam,kenapa awak tak hadir??
ARIP : Hujan,cikgu.
CIKGU : Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan macamana??
ARIP : Banjir terus, cikgu!
CIKGU: @#%#@%#@$

P/S Power Renjis : Satu lagi kekalahan bakal memusnahkan terus impian Liverpool untuk menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.

Warga Tua  

Posted by Power Renjis

Di sebuah rumah warga tua kelihatan dua org warga tua sedang berehat di bawah pokok.

Ali: Man aku ni dah tua sangat lah.umor dah 83 taun.badan2 sume dah sakit2.aku tau ko pun sebaya dengan aku.pe ko rase sekarang.
Man: Aku rase macam bayi baru lahir.
Ali: Bayi baru lahir?.nape lak man ko cakap camtu.
Man: Yela, rambut takde.gigi takde.pastu aku rase cam dah terbuang air besor kat dalam pampers lak skang ni.

P/S Power Renjis : PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551. UMNO makin lemah dan akan terus kalah?

Polis  

Posted by Power Renjis

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi! apa hal!
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : pasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa?
orang asli : dia tak pukul, harimau tu terkam!
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala ngak boleh makan.

P/S Power Renjis : Tempat bercuti dan penginapan yang menarik di Melaka korang tau tak?kalo tahu kongsi la info ok.

Patung  

Posted by Power Renjis

bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi ..korang faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Takdisangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.

Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri.Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan mengfrezekan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu.

Si suami tercengat seketika apabila ternampak patung itu lalu bertanya kepada isterinya,aik??!! ..dari mana pulak datangnya patung nih??oooo .. patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.Baru je sampai tadi. jawab si isteri selamba.ooooooo ..begitu. balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan patung tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuatsandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul dihadapan patung itu lalu berkata, nah .makanlah.. Si patung berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.Dengan selamba, si suami berkata, aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la ..Tak macam awak .dulu,tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan.segelas air pun awak tak bagi!!!!!!

P/S Power Renjis : Air ECPI baik untuk semua penyakit.Anda mungkin boleh mencuba.

Ujian  

Posted by Power Renjis

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing

P/S Power Renjis : Stok lawak dalam simpanan hampir habis.Tiada pengunjung yang hantar email untuk berkongsi dengan Lawak Today.

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS