Kaki  

Posted by Power Renjis

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan, sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.Ujian kali ini sungguh susah.Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah.Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang pun pun yang boleh menjawab soalan ujian.

Seorang mahasiswa yang amat kecewa memutuskan untuk keluar dari dewan Ujian, dia menghempas daun pintu dengan kuat.Dummmm!!!! Melihat keadaan itu, pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye? Siapa nama kau!!! Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata: Nie kaki saya, Cuba encik teka!! siapa nama saya?

Power Renjis : Bosan betul hari ni.Tak tau nak keluar pegi mana.

Makan Oren  

Posted by Power Renjis

Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan disekitar KL. Para pekerja kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada pekerja yang dah kawin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang.

Akhirnya Parman dan Sutijah pun berkahwin. Namun depa berdua ni masih tinggal di rumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih takde 'privacy' langsung. Ada juga beberapa pasangan pekerja yang dah kawin di situ. Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Memang tader 'privacy' langsunglah lebih-lebih lagi depa nih baru berkahwin.

Cuba korang semua bayangkan camana tuh.Memang masalah bosar betul. Nak cakap pun tak boleh kuat-kuat. Lepas tu nak gerak gerak pun tak boleh lasak sangat. Ya la, dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak lebih-lebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh kalau depa bergerak gerak. Kalau nak buat projek pun depa berdua ni kena pastikan yang orang lain dah tido.

Dan sebagai langkah memudahkan, depa berdua ni terpaksa menggunakan bahasa isyarat tertentu. Bahasa isyaratnya ialah kamu mau makan oren Dan sutijah akan menjawab Mau. Sebagai couple yang baru berkaahwin, setiap malam depa mau 'makan oren'. Perkara ini berlanjutan sehingga berminggu lamanya sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini pada satu malam.

Jam sudah menunjukan pukul 12 tengah malam. Parman dan Sutijah yakin bahawa penghuni di rumah kongsi itu sudah lena tidur kerana kedengaran banyak dengkuran. Namun Parman tetap menggunakan bahasa isyarat. Kamu mau makan oren kata Parman kepada Sutijah?.

Belum sempat Sutijah menjawab mau tiba-tiba rakannya yang tidur di bawah pangkin berkata : Makan oren boleh saja tapi airnya jangan meleleh ke bawah udah ya!

Power Renjis : Dalam proses nak sweeping orang yang kurang ajar! hehe

Surat  

Posted by Power Renjis

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

'Atok buat apa tu?'.'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawab atoknya.Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?'

Power Renjis : Sweeping budak kurang ajar time raya nanti!

Pelancong  

Posted by Power Renjis

Al kisah pada satu hari ada seorang pelancong, dia menaiki taxi tapi dalam perjalanan dia berkata kepada pemandu taxi ' Shaya mau two round ' kata pelancung ' ya..ya..ya..' jawab pemandu taxi ' Shaya mau two round ' kata pelancung lagi. Lalu pemandu taxi itupun membawa beliau keliling bandar bagi memenuhi kehendaknya.

Tiba tiba pelancung tadi terkencing dalam kereta. Pemandu taxi sangat marah ' U must tell me first before U dot..dot..dot.' kata pemandu. ' Shaya sudah bilang shaya mau two round, shaya mau two round tapi kau tidak kasi two round sama shaya ' jawab pelancung. Pemandu taxi menggeleng kepala.

Power Renjis : Lawak takde dah!

Ajis  

Posted by Power Renjis

Kisah ni dikutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation kat kuantan dulu.Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ.Ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang.itupun kalau sudi nak baca.Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dalam Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati.Tapi diorang ni bukan beragama Islam.

Diorang gelarkan si mati tu AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup.Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang dari kaum diorang/tok batin pun start lah baca 'ucapan' macam imamlah.bunyinya camni :

"HAI AJISS.MATI JUGAK KO AJISS.SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG.(kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA,KO JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA.YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU.KALAU DIA PUKUL KO DARI KANAN.KO ELAK KE KIRI.KALAU DIA PUKUL DARI KIRI.KO ELAK KE KANAN.KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN.KO ELAK KE BELAKANG.KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG.PANDAI-PANDAI KO LAH AJISSSSS."

Pastu komat kamitlah mulut pemberi 'ucapan' tu dan diorang pun beredar dari situ.Dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia.bila orang asli tu tanya ngape.kawan aku cakap. "sedih"

Power Renjis : Pengajarannya, Dia orang pun percaya juga kat alam kubur.

Bapak  

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari, adalah sorang bapak tu bawak anak dia gi memancing kat tengah laut dengan menaiki sampan.Bapak dia bawak satu joran je pasal anak dia memang tak pernah turun ke laut mancing. Nak dijadikan cerita, sampan yang diorang naik tu dipukul ombak lalu terbalik. Bapak tu memang terrer berenang, jadi sewaktu nak selamatkan diri, dia ternampak joran dan anak dia yang dah pengsan hampir-hampir tenggelam ke dasar laut.

Tanpa berfikir panjang, dia mencapai joran dia lalu berenang ke tepi pantai dan membiarkan anaknya keseorangan terus tenggelam. Orang ramai di tepi pantai yang menyaksikan kejadian itu memarahinya, Sanggup kau selamatkan joran kau dan biarkan anak kau terus tenggelam? Apa punya jenis bapak kau ni?Dengan selamba dia menjawab,Joran ni kalau tenggelam dia takkan timbul lagi dah. Anak aku tu, lepas dua atau tiga hari timbul ah dia.

Power Renjis : Ic dan Atm card semua dah rosak.Macamana nak cucuk duit?Ada simpanan lawak bodoh je skang ni.Takde yang best dah.

Pak Mat  

Posted by Power Renjis

Suatu hari, pak mat pegi keluar ke bandar bersama isterinya, mak minah. Perjalanan mereka mengambil masa yang cukup lama menaiki sampan oleh kerana kampung mereka terletak agak jauh di pedalaman.

Setelah sampai di sebuah pusat membeli-belah, pak mat ternampak sebuah cermin kecil sebesar tapak tangan. oleh kerana dia tidak pernah melihatnya, dia pun membelinya tanpa pengetahuan mak minah. Sampai je di rumah, dia pun termenung melihat cermin tersebut setiap hari lalu menyebut 'macam..bapak aku muda dulu-dulu.

Mak minah berasa pelik dengan sikap pak mat yang selalu memegang cermin tersebut, lalu mak minah curi-curi mengambil cermin tersebut sewaktu pak mat pergi ke surau. Mak minah yang tak biasa menggunakan cermin pun berkata "perempuan macamni yang laki aku minat"?

Power Renjis : Lawak dalam store dah betul-betul nak habis.Takde publish post pasni sorry la kawan.Saje nak share http://www.jamaat.net/bible/Bible4-6.html

Harta Kita  

Posted by Power Renjis

Perkahwinan Sebuah Perkongsian Ahmad dan Siti sudah lama hidup berumahtangga. Semua perbelanjaan, kereta, rumah dan lain-lain semuanya hasil perkongsian bersama. Malangnya Ahmad tidak pernah berkata begitu.Sebaliknya mengatakan semua harta benda tersebut adalah hasil duitnya.Sehingga timbul perasaan tidak puas hati pada Siti Suatu hari isterinya menegur Ahmad.

Siti : Abang apa la.bila orang tanya kereta siapa.Abang asyik kata kereta abang yang punya.Hampir semua harta dalam rumah ini.Abang kata abang yang punya.
Ahmad : Habis! Abang nak kata apa ?
Siti : Abang kata la harta kita.Katalah kita yang punya.
Ahmad : eemmmm ok la.

Selang seminggu.

Siti : Dari tadi Siti tengok abang tercari-cari sesuatu.Abang cari apa?
Ahmad : Abang cari seluar dalam kita.Siti nampak tak ?
Siti : @#$%^*$%@#@%^^@

Power Renjis : Tidak semua persoalan dan masalah boleh diselesaikan dengan cara yang serupa.Blog Lawak Today sudah kembali normal.

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS