Asrama  

Posted by Power Renjis

Hari pertama mendaftarkan diri di sebuah kolej, Dekan dengan tegasnya menyatakan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi. Sehinggalah sampai pada peraturan tentang asrama. Asrama Putri adalah kawasan larangan buat mahasiswa, dan Asrama Putra adalah kawasan larangan untuk mahasiswi.

Barang sesiapa yang didapati melanggarnya akan dikenakan denda RM.50.00, Bagi yang ditangkap kerana kesalahan sama sebanyak dua kali, dendanya RM100.00 -. Kalau kali yang tiga, didenda RM180.00,-. Faham! Ada apa-apa pertanyaan? tegasnya. Ada Tuan, salah seorang mahasiswa lelaki berkata sambil mengangkat tangan kidalnya, Berapa yang saya mesti bayar, untuk tinggal di Asrama Putri selama satu semester?

Power Renjis : Posting terakhir.Selamat hari raya dan selamat bercuti.Maaf zahir batin.Salah silap Power Renjis harap semua maafkan.

Duit Raya  

Posted by Power Renjis

UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG LAWAK TODAY.AMBIL LA KALO TAK MALU OK.PASTU KORANG LETAK LA KATNE PUN.BLOG,MYSPACE,FACEBOOK DLL.

Nama Jawa  

Posted by Power Renjis

Pilihan nama jawa yang bagus-bagus diperturunkan. Kalau kawin dengan Jawa, eloklah guna nama ini untuk anak.Pilihlah nama yang anda berkenan untuk anak-anak anda nanti :-

Pandai tanam bunga, diberikan nama -Rosman.
Pandai membaiki kereta, namakan -Karman
Avera ge dalam golf - Parman
Pandai dlm penulisan - Suratman
Gagah perkasa - Suparman
Boleh mendengar sambil berjalan -Wakiman
Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
Pandai buat kuih - Paiman
Pakar jualan - Salman
Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
Doktor gigi - Sugiman
Supaya cepat naik pangkat - Yasman
Bakal kaki pukul dan dera orang -Deraman
Yang ada darah Bengali - Manbai
Pandai organise skim cepat kaya -Pakman (Te' Lo)
Mat rock - Rokman
Jadi polis trafik - Saman
Pakar kunci - Lokman
Baik budi pekerti - Budiman
Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman
Suka bagi orang susah - Sukarman
Suka mengada-ngada - Ngadiman
Dua alam - Herman
Paling tak guna - Koman
Selalu sakit - Deman
Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
Yang suka main daun terup poker -Pokemon

Power Renjis : Padan muka kite semua.Stok lawak takde dah!.AGEN PENGEDAR DAN PEMBELI TUNAI DIKEHENDAKI DI SELURUH MALAYSIA BAGI PRODUK BIO AURA DAN PREMIUM BEUTIFUL.KETERANGAN SILA HUBUNGI SITI FAIRUZ 0129505989 YUK_FF@yahoo.com

Bunuh Setan  

Posted by Power Renjis

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikanisteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuanyang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama sepertipengantin baru yang lain.Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pensyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuhkan abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala samaseperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami"yerr kerr.

Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utukbunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuhsyaitan... bang".

Si suami tersenyum panjang. Selang dua harikemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata :
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Power Renjis : Suke baca blog ni http://theotherkhairul.blogspot.com/ .Sape nak trafik macamni sila promote blog Lawak Today di publish post blog korang ok.

Budin  

Posted by Power Renjis

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar.
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan.
Budin: Panggil dia jap! herdik Budin dengan nada yang tinggi.
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.

Power Renjis : Jangan benci kucing.Sama-sama kita jadikan pengajaran.

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA