Jiran  

Posted by Unknown

Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah. "Ayah!! Ibu!!" teriaknya. "Jiran kita itu pasti orang miskin" Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.

"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?" "Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."

Kasut Ketat  

Posted by Unknown

Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam. Malangnya, kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik perempuannya ada sepasang kasut dan meminjamkan kasut itu kepadanya. Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh pengantin perempuan.

Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut. Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan ditengah majlis itu. Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur.

Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu. Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki berkata, "Osshh! Ketatnya!". Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki, Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi.

Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, "Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut, sakit sikit je sayang". Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata, mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye. Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan dan ada juga yang pitam.

cokelat  

Posted by Unknown

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama.

Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"atuk saya ada bagi nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan jugak?" "Tak la. Atuk saya kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"

Pilot  

Posted by Unknown

Para penumpang sebuah Pesawat sedang bersiap sedia ditempat duduk masing-masing.. Mereka hanya menunggu pilot dan co-pilot yang belum datang. Akhirnya.Pilot dan co-pilot datang melalui pintu belakang pesawat. Mereka berjalan sepanjang lorong menuju kokpit pesawat di depan.

Kedua orang tersebut nampaknya seperti buta. Pilot berjalan menggunakan tongkat.mengetuk2 kerusi penumpang di kiri kanan. Sedangkan co-pilot pula berjalan dipandu oleh seekor anjing. Kedua orang tersebut menggunakan kaca mata hitam yang besar, sehingga agak sukar bagi penumpang untuk memastikan mereka itu benar2 buta atau tidak. Penumpang meneka ini adalah lakunan belaka.

Namun, ketika pesawat dihidupkan mula bergerak diatas landasan.penumpang mulai takut dan berpeluh.Pesawat kini sudah berada di hujung landasan. Mesinnya amaran berbunyi dengan kuat.Penumpang semakin panik. Pesawat bergerak semakin laju.tetepi pesawat masih belum naik meninggalkan landasan.lalu beberapa orang penumpang menjerit bagai histeria.

Tiba-tiba saja pesawat naik.betul-betul di penamat landasan.dan kemudian terbang seperti biasa. Tidak lama kemudian terdengar suara pilot dan co-pilot berbual."Suatu hari nanti kalau penumpang kita tidak menjerit.kita sudah pasti menjadi bangkai bersama meraka di landasan ni."

Monyet  

Posted by Unknown

Ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak.

Cikgu:Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ?
Ali:Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Ali.
Cikgu:Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak.

Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.

Azwan:Kenapa? Ali:Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Ali sambil menunjukkan kodoknya.
Azwan:La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat.

Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking.

Cikgu:Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.

Burung  

Posted by Unknown

seorang pelanggan memasuki kedai burung dan berhajat untuk memiliki seekor burung kakak tua.

pelanggan: cik, disini ada tak jual burung kakak tua?
tuan kedai: sudah tentu encik.(sambil tunjuk kearah hujung kedai).
pelanggan: erm.bagaimana pula dengan harganya?
tuan kedai: hujung yang sebelah kiri itu harganya RM1,000.
pelanggan: kenapa sebegitu mahal???
tuan kedai: owh, burung itu mampu berkata-kata dan tahu menggunakan komputer.
pelanggan: wah.hebat skali.bagaimana dengan yang tengah tu?
tuan kedai: yang itu harganya RM 1500.
pelanggan:???
tuan kedai: burung itu mampu berkata-kata dalam 5 bahasa dan juga boleh menggodam serta boleh repair komputer.
pelanggan: sungguh menakjubkan.yang akhir itu?
tuan kedai: harganya RM2500.
pelanggan: lagi mahal?? adakah ia mampu buat lebih dari ape yang dua ekor tadi lakukan?
tuan kedai: erm.saya tidak pernah nampak ia berbuat ape-ape pun.tapi kedua-dua burung tersebut panggil ia BOSS.
pelanggan:?????????

Selipar  

Posted by Unknown

Pada suatu petang,Amin dan ayahnya pergi bersiar-siar.Tak sampai separuh jalan ayah Amin tersedar seliparnya berlainan warna satu biru satu hijau.Lalu ayah Amin pun menyuruh Amin untuk pulang dan mengambil selipar yang betul.

Ayah Amin:Amin tolong ayah ambik selipar yang betul kat rumah.
Amin:Ok ayah.

Dalam beberapa minit Amin pun datang tanpa membawa apa-apa selipar.

Ayah:La mana selipar?
Amin:Sia-sia je yah, selipar kat rumah pun satu biru satu hijau gak.

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA