Ayah Terhebat  

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari ada tiga orang kanak-kanak sedang melepak dan mereka saling cerita-menceritakan tentang kehebatan ayah mereka.
Abu : Ayah ku mempunyai beberapa buah banglow yang cukup besar.
Ali :Ayah ku lagi hebat,dia seorang Pengarah Urusan disebuah hotel 5 Bintang di Amerika.
Abu : Apa pula pekerjaan ayah kamu, Azwan?.
Azwan : Ayah aku dapat menahan sebuah bas besar hanya dengan menggunakan satu tangan.
Ali : Wow Terer giler! Apa pekerjaannya?
Azwan : Polis Traffic.

Orang Gila  

Posted by Power Renjis

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi."Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?"Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik."Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu."Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah berfikir panjang."Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat."Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,Veteran pula dipanggil."Awak dah lama benar di sini kan?""Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini."Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambilmasa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja."Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa."Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran."Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

Tiket  

Posted by Power Renjis

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di Englanddengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiapseorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga."Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salahseorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkanketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintutandas tersebut.Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket.Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebutdan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelakiIndia itu memang bijak.Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapatmenjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?"tanya salah seorang lelaki Pakistan."Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuahtandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengahmengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Basikal  

Posted by Power Renjis

cerita ni kat perkampungan orang asli.ade sebuah famili ni, suami, isteri dan seorang anak dan tinggal di tepi sungai.pada satu hari, si ayah membawa si anaknya pergi mencari rotan kat hutan. kemudian anaknya meminta ayah membeli basikal.bermula pada ari tu si ayah bersungguh2 la kerja untuk membeli basikal tu. setelah sebulan kumpul duit si ayah berjaya beli basikal untuk anaknya.petang tu, si ayah mengajar anaknya mengayuh basikal sambil si ibu melihat dari tangga rumah mereka. selang beberapa minit si anak pandai mengayuh basikal.tengah si ayah dan si ibu tengok anaknya mengayuh basikal tiba2 anaknya terlajak dan terus masuk dalam sungai bersama basikal.kemudian si ayah bergegas terjun ke dalam sungai sambil si ibu menunggu di tebing. selang beberapa saat si ayah timbul bersama basikal.lalu si ibu bertanya, kanapak abang selamatkan bacikal bukan anak kitak?si ayah jawab dgn nada relex, bacikal nik susah mau dapat, kalau anak tu kitak buleh buat lagi..mendengar kata-kata itu,,isterinya terus pengsan.

Kereta Rosak  

Posted by Power Renjis

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah line kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi."Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje...."Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea."worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam""Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pulak polis ada buat speed track kat bawah jambatan.Vrooommm.bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie..."Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye..sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu..kete kancil ngah bagi hon dan hi beam untuk nak potong kete evo tu!!!'

Pemandu  

Posted by Power Renjis

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa.adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue.maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot.mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie.takde kuasa aku nak tau.baik aku cerita pasal aku.tak gitu.Dan untuk pengetahuan kau.seperti yg kau lihat.dan sememangnya tidak dinafikan lagi.aku dilahirkan sehensem-hensem umat.kerana itulah jugak.berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang.siap ada listing lagik.tapi ada satu bende yang sedih.setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku.aku pun tak tau apasal.Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku.dier le awek aku yg paling last.muktamad dah nie.surat menyurat takkan dilayan.kalo intan tinggalkan aku.cam awek awek aku yg dulu.sumpah aku tak nak kahwin.Bende yang aku nyampah tue jadik jugak.setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping.Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris.macam macam dier komplen.dier tau aku keje sebagai driver.takkan takde kete.bawaklah kereta awak tue.takkan nak terperap kat rumah je.tak syok la naik moto.rambut berserabut lar.muka cair lar.kain terselak lar.malu nanti orang tengok lar.tak buleh nak seksi lar.Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku.sure itulah kali last aku akan jumpa Intan.Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus.berdesing telinga aku.aku cakap kat dier.baiklah.esok aku akan datang naik kete besar.jauh lagi besar dari kete mesedis.Seperti yang ku jangka.itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan.Intan terus menghaibkan diri.aku dah agak dah mesti terjadi punyer.cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua.especially depa yang pernah jadi awek aku or bakal awek aku.Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie..satu hari nanti.Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian
Kuala Sepetang Taiping Perak

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS