Askar  

Posted by Power Renjis

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing-masing jeneral memerintahkan salah seorang Askarnya untuk mengikuti arahannya.

Jeneral Jepun : Askar maju sini
Askar Jepun : Siap Jeneral
Jeneral Jepun : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Askar Jepun : Siap Jeneral

Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati. Si jeneral dengan bangga mengatakan,

Jeneral Jepun : Lihat Askar saya sangat berani dan bersiap sedia untuk mati.

Jeneral Jerman berang dan berkata,

Jeneral Jerman : Askar maju sini
Askar Jerman : Siap jeneral
Jeneral Jerman : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar Jerman : Siap Jeneral

Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berantakan
Si Jeneral sangat bangga dan memberitahu,

Jeneral Jerman : Askar saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG.

Dan sampai pula giliran Indonesia,

Jeneral Indonesia : Askar maju sini
Askar Indonesia : Siap Jeneral
Jeneral Indonesia : Seberangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Askar Indonesia : Tidak mau Jeneral !
Jendral Indonesia : Seberangi cepat !!
Askar Indonesia : Tak mau Jeneral !

Sampai kali kelapan Jeneral memerintahkan askarnya, namun tetap di tolak. Lalu Si Jeneral berkata,

Jenaral Indonesia : Lihat Askar saya yang paling berani. Arahan Jeneral langsung dia tak ikut.

Power Renjis : Sayang sama Nuffnang

Followers  

Posted by Power Renjis

Korang nak tau ke, ke mana dah perginya orang-orang penting dalam blog ni yang pernah memeriahkan laman ni suatu ketika dulu?..saya telah membuat pencarian secara rawak semalam dengan bantuan orang ramai, interpol, beberapa orang detektif, mata2 gelap, pencari harta karun, arkib dan beberapa agensi yang lain dalam usaha menjejaki mereka yang telah hilang secara tiba-tiba dari..Bukan ape, saja nak tau perkembangan di samping menghulurkan sedikit wang sedekah kepada mereka2 yang bertanggungjawab memeriahkan, memporak-perandakan, menghasut, mengacau bilaukan dan tak lupa untuk mereka yang pernah berdakwah dalam ni..Tanpa mereka, blog ni tak akan meriah.. Jadi, satu hari perjalanan maka berhasil juga akhirnya saya dan kru2 saya menemui beberapa 'tokoh' ni..Mulanya, saya sangat sedih melihat keadaan fizikal mereka yang tak terurus, lemah, kaku, sot2,kurus dan sebagainya tetapi setelah difikirkan balik, saya membuat keputusan untuk tak bersedih.. ye lah, apa untungnya kalo bersedih..lantak dorang la kakaka...

Mereka2 yang berhasil ditemui semalam ialah:-

01. Aizudin - Gering akibat kudis buta serta bisul(sakit tenat).Kini beliau terlantar di ICU HUKM..Bernafas dengan bantuan alat pernafasan yang dibekalkan oleh pihak hospital..

02. tifa ampang - Ditemui di Tg. Rambutan..(keadaannya sangat kurus dan misainya dah mencecah pinggang..kadang2 senyap kemudian tiba2 menjerit dengan lantang seolah-olah sedang memberi arahan kepada tentera..)

03.Dyana Yunus - Dijumpai meringkuk dalam penjara Sg. Buloh..(keadaannya juga sangat menyedihkan..tak reti duduk diam..asyik ke sana ke mari sambil sekali sekala menggaru kepala yang dah dipenuhi uban dan jalan nya juga sentiasa tunduk ke bumi.. tangannya sentiasa menggenggam erat sebuah penunu bunsen)

04.Kira Chan - Sekarang hidup bahagia sebagai seorang nelayan di utara semenanjung..Semasa kami sampai, dia sedang sibuk mencari umpan katak untuk memancing,manakala anak sulongnya sibuk menampal perahu tuanya yang telah bocor dimakan anai2.

05.Naddy - Sekarang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah Sekolah Menengah di Lembah Kelang..Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, beliau pernah dipecat kerana didapati mencuri sebuah mesin rumput sekolah..namun diberi pengampunan kerana disahkan mengalami masalah kewangan semasa melakukan perkara tersebut.

06.Amrie Yonto - Konpius..konpius memikirkan keadaan penyakit panau yg semakin parah..Beliau menghabiskan masa dengan menangis di wad Hospital Tengku Ampuan Rahima.Walaubagaimanapun, menurut jururawat, beliau akan dikeluarkan tak lama lagi dan dipindahkn ke PPUM..

07. Wawa pahang - Detektif saya telah menemui wawa sedang membersihkan public toilet di Sabak Bernam dgn memakai t-shirt bertulis City Cleaner and House Keeper Services Sdn. Bhd.Beliau kini sudah memiliki 43 orang cucu setelah gagal 3 kali dalam perkahwinan.

Hanya mereka2 yang di atas je yang smpat kami temui semalam. ahli2 lain yang dah hilang sejak sekian lama masih lagi cuba dijejaki sehingga saat ini.

Power Renjis : Maaf sape yang terkena.Hehe.Diedit semula pada 11.00 P.M.

Surat Permohonan  

Posted by Power Renjis

Suami bin Lelaki
No. 99 Jalan Todak,
Taman Seri Tenggara,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan.


Isteri binti Perempuan
No. 99 Jalan Todak,
Taman Seri Tenggara,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan. 30 November 2009

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Power Renjis : Macamana nak download movie eh?bagi info la sikit k.

Penyamun  

Posted by Power Renjis

Ketika balik dari bekerja shift malam, Azwan telah diserang hendap oleh seorang penyamun.Kerana tidak mahu mengalah, Azwan cuba melayan penyamun itu.

Tapi, Azwan kalah dan penyamun itu terus menyeluk kedalam sakunya untuk mencari duit dan barangan yang berharga. Apa yang dijumpai hanyalah duit RM 1.00 !

Pencuri itu tidak berpuas hati, lalu bertanya kepada Azwan

Penyamun : Kau bergelut bermatian dengan aku kerana semata-mata nak selamatkan RM 1.00 ini saja?

Azwan : Laaa... kau cuma hendak RM 1.00 tu je ke? Aku ingatkan kau nak rompak duit RM 1000.00 yang aku sembunyikan dalam kasut aku ni.

Power Renjis : Lawak yang melucukan sudah habis.Thanks.

Mengandung  

Posted by Power Renjis

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi. “Encik, bolehkan bagi saya d uduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”. Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.

Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata, “Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..”. Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok.

Macam mana aku nak pekena dia pula? Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu berkata “Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh

Power Renjis : Lawak kurang stok plak ni.Ape perlu aku buat?

Mamat  

Posted by Power Renjis

Atas saranan doktor,Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York,Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

beberapa jam kemudian,seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat.Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah,dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat.dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:"United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab:"Malaysian..."

setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan.beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah:"James...".dijawab dengan susah payah oleh Mamat:"Mamat...".

habis itu mereka pengsan lagi.beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya."Birmingham..." kata si Mat Saleh.

dijawab Mamat:"Kuala Kangsar...".pengsan lagi.


tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata:"Cancer..."


dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn!"

Power Renjis : When evil reigns.

Modenas  

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari sedang berjalan-jalan di pekan, Mamat terjumpa seorang awek yang cun. Dia pun tegur awek tu. Awek tu pun menyahut, "Elle, setakat pakai motor buruk tak main lah. Orang nak cari yang ada BMW." Punyalah bengang Mamat tu. Mulai hari tu Mamat pun belajar rajin2 sehingga berjaya jadi engineer dan memakai BMW. Pada suatu hari Mamat terjumpa balik awek yang hina dia tu.

Mamat : Hai, kenal I lagi?

Awek cun : Tak ingat lah.

Mamat : Alla, dulu I ngorat u tapi u sombong. U dah kawin ke.

Awek cun : Dah (sambil menunjukkan suaminya yang sedang menunggang modenas tahun 1997)

Mamat : Aik, kata tak suka yang pakai motor buruk?

Awek cun : Apa nak buat, yg ngorat I semua pakai motor buruk, I kebas je le mana yang ada.

Mamat : Padan muka. Hehehe

Power Renjis : Moralnye jangan jual mahal sangat.Balasan la tu.Hehe

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA