Lurus Bendul  

Posted by Power Renjis

Pak Mat seorang duda kematian isteri, ada anak nama Bedol yg lurus bendul.Tahap maksima kebendulannya. Pak Mat susah hati mengenangkan jika dia mati esok siapa nak tengok-tengokkan si Bedol ni. Keputusan diambil untuk mengahwinkan si Bedol ni dengan seorang andalusia bernama Minah.

Pak Mat:'Bedol!bapak nak kawinkan kau dengan Minah! Setuju tak?'
Bedol:'Ikut suka bapak lah!.Saya ngikut saja',kata Bedol selamba walaupun dia tak tahu apa itu kawin.
Dipendekkan cerita maka berkahwin lah Bedol dengan Minah.
Pak Mat pening memikirkan macammana nak ajar Bedol apa-apa yg perlu dibuat bila tidur dengan Minah sebab
si Bedol ni lurus bendul.
Pada malam pertama sebelum masuk bilik Pak Mat bisik kat Bedol...
Pak Mat:'Bedol! Sebelum tidur kau bukak baju Minah!.
Bedol:'Baik pak!'
Besok pagi masa bersarapan Pak Mat tengok muka Minah masam je lalu sambil berbisik dia bertanya Bedol...
Pak Mat:'kau dah buat macammana yg bapak ajar?'
Bedol:'dah pak! Saya bukak baju dia'
Pak Mat:'Lepas tu kau buat apa?'
Bedol:'Saya tidur'
Pak Mat garu kepala...
Pak Mat:'malam ni lepas kau bukak baju Minah,kau selak kain kau ya!'
Bedol:'Baik pak'
Malam berlalu...beso k masa sarapan pak Mat tengok Minah masam mencuka..
Pak Mat:'Kau buat apa yg bapak ajar malam tadi Dol?'
Bedol:'Dah pak'
Pak Mat:'Kau buat macam mana?'
Bedol:'Lepas bukak baju Minah saya selak kain saya!
Pak Mat:'Lepas tu?'
Bedol:'Lepas tu saya tidur'
Pak Mat merungut-rungut krn kebendulan melampau si Bedol...
Pak Mat:'Bedol!Malam ni lepas kau bukak baju Minah dan selak kain engkau,
kau masukkan anu engkau dalam anu Minah tau!!
Bedol:'Baik pak!'
Besok paginya Minah tak keluar sarapan sebagaimana biasa.Pak Mat tersenyum memikirkan
tentang keberkesanan ajarannya kat Bedol.Tiba-tiba dia nampak Minah dengan wajah yg lagi
masam dr semalam.Dahla macam tu berjalan pun dihentaknya kaki kuat-kuat.
Pak Mat pandang Bedol...
Pak Mat:'kau dah buat macam bapak ajar malam tadi Dol?'
Bedol:'Dah pak!
Pak Mat:'kau buat macam mana?
Bedol:'Saya bukak baju Minah,saya selak kain saya dan masukkan anu saya ke dalam anu Minah'
Pak Mat:'Bagus! Lepas tu?'
Bedol: 'Lepas tu saya tidur'
Pak Mat betul-betul bengang dgn si Bedol..Takkan yg tu pun dia nak ajar jugak...baik dia aja
yg kawin dgn Minah...sehari an dia mundar-mandir mencari idea...last- last idea pun datang dan
dia pun bisikkan kat Bedol.....
Pak Mat:'Bedol!Bapak nak tolong engkau ni tapi bapak tak buleh le sebilik dengan engkau,bapak
kat luar pintu je.Macam ni.lepas kau bukak baju Minah,lepas kau selak kain engkau dan lepas kau
masukkan anu engkau dalam anu Minah kau tunggu bapak bunyikan botol,bunyi pertama kau sorong anu
kau dan bunyi kedua kau tarik anu engkau..begitu lah seterusnya,faham? '
Bedol:'faham pak!janji bapak tolong Bedol ye!!'

Malam menjelang, Bedol dah ready menunggu bunyi botol,Pak Mat kat luar pintu, setelah pasti Bedol dah bersedia dia punTOING ketukan pertama,Bedol pun sorong,TOING ketukan kedua Bedol pun tarik...
begitu la kerja Pak Mat....dia terdengar rengekan dari Bedol dan Minah.dia berasa seronok kerana berjaya membuatkan Bedol bertindak sbg seorang suami sejati...Lasy- last dia terdengar Bedol menjerit...

apa yang dijeritkan tu!!KUENG KUENG KUENG
Bedol:'Bapak! !Boleh lajukan ketuk botol tu tak?Apasal lembab sangat?

Cepat Kering  

Posted by Power Renjis

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif
dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu
cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata, Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran
yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering.

Hakim Mahkamah  

Posted by Power Renjis

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek...Lalu hakim berkata.."kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab... kamu akan dibebaskan..Ahli Falsafah mula berkata.."Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum...".Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan. . lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan..."Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..."Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan. ..Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.. ."Cuba jawab 1253*254-45557+ (5454*25451) dalam masa 5 saat..".Samb! il menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya... da n ternyata tepat..Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan. .Giliran terakhir pergi kepada pelawak.."Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.."Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..hakim berkata..."Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..."."Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".Pelawak itu kemudian dibebaskan..

Budak-Budak  

Posted by Power Renjis

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi."Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak.""Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis.

Duit 5 Sen  

Posted by Power Renjis

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Orang Asli Dan Keretapi  

Posted by Power Renjis

Tiga orang asli yang berkawan baik tidak pernah keluar dari pedalaman suatu hutan, Satu hari mereka bertiga mahu mencari pengalaman di ibu kota. sebaik tiba di stesen keretapi, mereka beria-ria mahu cuba menaiki keretapi tersebut.Sebelum itu mereka telah membeli sebungkus "jajan" (snek) yang tidak pernah mereka makan sebelum ini. ketika berada dalam keretapi, mereka sangat seronok sekali.Dalam keseronokan itu, seorang dari mereka teringat akan jajan yang dibeli mereka, laludia makan tanpa mempelawa kawan-kawannya. sebaik sahaja dia makan, keretapi itu melalui terowong dan menyebabkan keadaan gelap seketika.Sebaik terowong lepas, dia bertanya pada kawan-kawannya," kamu sudah makan ini."kedua-dua kawannya menggelengkan kepala."Hurm... kamu jangan makan. tadi aku makan satu tiba-tiba saja mataku gelap sebentar... " katanya lagi...

Alahai Atan  

Posted by Power Renjis

Di sebuah sekolah rendah Kg Melaka seorang guru sedang mengajar mata pelajaran matematik. Tiap kali dia mengajar dia tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah kat tapak tangan kemudian gosok kat kepala. hari2 guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu, satu hari dia tanya.
guru: Atan! datang depan sini
atan: saya datang cikgu
guru: tiap kali saya mengajar saya lihat awak ludah tapak tangan kemudian sapu kat kepala awak, mengapa awak buat macam tu?
atan: saya tak faham matematik cikgu saya buat macam ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.
guru: siapa yg ajar atan macam tu?
atan: emak saya cikgu.
guru : apa yg emak cakap?
atan: bila malam saya tidor dengan ayah dan emak saya, lampu semua tutup, saya dengar emak saya cakap dengan ayah saya kalau susah2 nak masuk sapu air ludah tang kepala.
cikgu yang mendengar kata-kata tersebut terus pengsan.

Makan Semut  

Posted by Power Renjis

Di sebuah klinik, ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.
Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!
Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.
Suri rumah:Tapiiiii...saya dah beri anak saya makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor :Apa ??Cepat bawa dia ke hospital!

Kerana Jelingan  

Posted by Power Renjis

suatu hari...ali ngan bapak dia g la jalan2 kt pekan n lalu la tepi kdai mainan..ali pun benti la tgk b-daman..(bdk2 la katakan)..dia pn men ambik ja...dia nk tnjk kt bapak dia srh beli...sekali bapak dia jeling...dia taw dah..jelingnya bermaksud LETAK BALIK DI TEMPAT ASAL!!!!!!

dia pun jalan g ngan bapak dia..pas tu bapak dia benti satu kedai nk beli paper...waktu bapak dia dok belek2 paper..dia ternampak aiskrim...mmg terliur abis!!!dia pn ambik lg tnpa berfikir..waktu bapak dia nk byr paper ali pn nk letak aiskrim tu...sekali lg bapak dia jeling...dia pun simpan blk.

jalan pnya jalan azan solat jumaat pn bergema...dia ngn bapak dia g la masjid..waktu solat nie dia ngan bapak dia dok la saf dpn...di sbbkan ali nie xpandai g slt dia keje ikot ja...tiba22 dia nampak kain imam tersepit kt buntut..jadi dia pn tolong la tarik..tapi ntah bapak dia xkhusyuk kut...sekali bapak dia jeling pa g....dia jolok balik kain imam tu!!!!peeeehhhhhhh

bygkan tersungkur imam tu...yg kat belakang pa g tergelak smua tgk ali jolok buntut imam tu

Mas Kahwin  

Posted by Power Renjis

sepasang bf dan gf sedang berbincang pasal masa depan diorang.

Minah :Darling , ape kate bulan depan kite kahwin .Pasal nafsu saye ni dah terlalu kuat dah ni ..Bleh tak ?

Mat :I nak , tapi i ni kan menganggur , i tak mampu nak beli rumah .

Minah :Camne kalo kite tinggal kat rumah mak bapak awk ?

Dengan bangganya Mat menjawab

Mat : Itu adalah mustahil wahai kekasihku . Sebab , mak bapak saye masih tinggal kat rumah mak bapak diorang .

Pernah Naik Motor Harley Tak?  

Posted by Power Renjis

Dua orang pemuda sedang asyik naik kereta,tiba2 sebuah motor harley davidson memintas kereta mereka dan penunggangnya berteriak,aloo..bro!korang pernah naik harley ke belum?dan kemudian meluncur laju.

hampeh mamat tu!baru naik harley dah sombong!kita kejar!kata pemuda yang memandu.jom!balas temannya.

mereka memecut dan berhasil memintas harley.tak lama kemudian,harley tersebut berhasil memintas lagi,dan penunggangnya berteriak,bro!korang penah naik harley tak?dan harley itu meluncur laju meninggalkan kereta kedua pemuda itu.

ampeh!berlagak....eksiden baru padan muka!jerit pemuda yang memandu kereta tersebut.

rupanya di suatu selekoh tajam,harley tersebut memang kemalangan dan penunggangnya dihempap motor.setelah tahu yang terlibat itu ialah harley yang berlagak tadi kedua orang pemuda itu berhenti dan menghampiri penunggang tersebut.

bro..korang pernah naik harley tak ehh...?kata penunggang harley sambil menahan sakit.

hoh!kau ni dah eksiden macam ni pun masih nak berlagak lagi ya?apa yang kau nak haa?kata salah seorang pemuda itu.

lalu penunggang harley itu pun menjawab,maksud aku,aku nak tanya kalau korang pernah naik harley...boleh la bagitau ku kat mana BREK moto nih!

Pizza Hut  

Posted by Power Renjis

suatu hari Aida pegi ke pizza hut...

Aida:saya nak pizza supreme satu

pekeja:pizza tu nak dipotong 6 atau 4?

Aida:dipotong 4 lah.kalau potong 6 takut tak habis plak

pekeja:???

Tiga Sekawan  

Posted by Power Renjis

3 sekawan iaitu KURA2,ULAT GONGGOK dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA: Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK: ...patutlah,rokok dah habis lah!
KURA: Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK: Ala... kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA: Bagus jugak idea kau tu.
ULAT: Aku malas lah nak pergi beli.
KURA: Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah...
ULAT: Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA: Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK: Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA: Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT: Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK: Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT: Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS