18 Tahun  

Posted by Unknown

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi... .kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak " tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La... bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn... tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!"

Menyamar  

Posted by Unknown

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain
bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya...
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah
penyamarannya... kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia
bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."

Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat...
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab..
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Doktor Dan Pesakit  

Posted by Unknown

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : Selamat petang
Pesakit : Selamat petang Doktor!
Doktor : Ada masalah apa ?
Pesakit : Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor
Doktor : Biar saya periksa telinga anda! setelah diperiksa .
Doktor : Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut .
Pesakit : Apa caranya doktor?
Doktor : Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma
Pesakit : Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?
Doktor : Yang percuma kena sabar
Pesakit : Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya ?
Doktor : Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge anda boleh ler tarik keluar.
Pesakit : Huh!

Seluar Guni  

Posted by Unknown

Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua
seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut. Cubateka kenapa?

Jeng jeng jeng .

sebab kat seluar dalam tu ada tulis
Berat Bersih: 50kg

Sosej Dan Lembu  

Posted by Unknown

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Chewing Gum  

Posted by Unknown

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.

Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: kami tak buat apa.kami buang aje PM Singapore: ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand? Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau? Raja Siam jawab kami tak buat apa,kami buang aje PM Singapore: ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan? Raja Siam jawab Kami tak buat apa, kami! buang aje PM Singapore: ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand Raja Siam plak Tanya: apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan? PM Singapore jawab: kami tak buat apa, kami buang aje. Raja Siam: ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore Erk! muka PM Singapore jadik merah padam dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang!

Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

Hantu  

Posted by Unknown

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

Apsal kau ni asyik menggigil je?

Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!! Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack. Kata Hantu A ramah.

Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang. Balas Hantu B.

Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya... jawab Hantu A sayu.

Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..

Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.

So, ko dapatla tangkap diorang? tanya Hantu B penuh minat.

Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak... kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Angkasawan  

Posted by Unknown

Ini kisah angkasawan yg sedang dalam misinya ke Mars. Setelah mendarat dia bertemu dengan wanita Mars yg cantik jelita sedang mengacau periuk

Angkasawan : Kamu sedang buat apa?

Wanita Mars : Membuat bayi

Angkasawan : Oh kalau di bumi cara membuat bayi bukan begitu

Wanita Mars : Lalu, caranya bagaimana?

Angkasawan : Susah menjelaskannya, tapi sangat mudah mempraktikkannya

Wanita Mars itu setuju mempraktikkannya.

Setelah si angkasawan selesai melakukannya, wanita Mars itu bertanya

Wanita Mars : Aik, mana bayinya?

Angkasawan : Bayi itu akan jadi 9 bulan lagi

Wanita : Lalu kenapa kamu berhenti mengacau?

Sakit Jiwa  

Posted by Unknown

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada
petugas di resepsi adakah kamar no. 27 ada pesakitnya.

Petugas tersebut lalu memeriksa kamar tersebut dan segera kembali ke telefon,
memberitahu lelaki tersebut bahawa kamar no. 27 itu memang kosong.
"Bagus sekali!" kata si lelaki. "Itu bererti aku sudah betul-betul berjaya melarikan diri!

Baju Cinta  

Posted by Unknown

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!. tapi kau telanjang !!!??? marah si nenek . ini BAJU CINTA saya balas si cucu perempuannya BAJU CINTA ?? si nenek kehairanan ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek pinta si cucu perempuannya. Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu. kenapa dengan kau nie buang tebiat??? marah si atok tadi. ini lah BAJU CINTA bang kata si nenek tadi. BAJU CINTA??? kalau iye pun, iron la dulu baju tu

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA