Profesor  

Posted by Power Renjis

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri. Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum.

Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh..Jadi awak mengakulah diri awak ni bodoh?" Pelajar: Bukan prof, sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang mengaku bodoh dan berdiri disini!

Suzie  

Posted by Power Renjis

Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak kecilnya.Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya.

Ketika melintas bahagian makanan.anak wanita itu merengek-rengek meminta dibelikan biskut.Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.Anaknya mula menangis dan menjerit Dengan suara perlahan.. si ibu berkata "Sabar Suzie..ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah."

Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan.anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.Ibunya tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus menangis.Si ibu berkata. "Sabar, sabar, Suzie.ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini"

Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran.Anaknya masih menangis dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.Si ibu dengan sabar berkata. "Sabar Suzie.kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi.

Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesa." Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu.Lalu dia pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian."Sungguh Luar biasa.anda begitu sabar menghadapi si kecil Suzie" katanya. Si ibu menjawab.. "Saya Suzie dan ini anak saya namanya Lily.

Jangan Menyampuk  

Posted by Power Renjis

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apa lagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.

Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara, "Haa, camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler".

Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??" Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit" Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara orang sebelah tu berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawab jer!!!

Sudu  

Posted by Power Renjis

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu. "Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan." Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul.

Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu" "Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan mengernyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini.boleh saya jumpa dia" Amin: ???

salesman  

Posted by Power Renjis

Seorang salesman 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, ia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu. "Puan," katanya, "saya yakin akan kemampuan mesin ini.

Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya." "Kalau begitu," kata wanita tuan rumah,"Mulailah makan benda tu sekarang. Rumah kami belum punya elektrik."

Nak Tambah Contact Email  

Posted by Power Renjis

Salam

Para pelawat @ orang-orang sesat digalakkan untuk berkongsi apa saja bentuk email yang menarik bersama lawak today.Komen dan cadangan anda juga amat kami diabu-alikan.Sila hantar ke alamat email berikut powerrenjis@gmail.com

Sila bagi alamat email anda kepada kami.Kerjasama anda untuk menambah contact email kami amat dihargai.TQ

Dinding  

Posted by Power Renjis

Seorang doktor pakar sakit jiwa sedang memerhatikan tabiat aneh salah seorang pesakitnya. Setiap pagi, si pesakit akan melekapkan telinganya pada sebuah dinding seperti sedang mendengar sesuatu. Ini dilakukannya setiap hari dan diperhatikan oleh doktor berkenaan.

Akhirnya pada suatu hari, si-doktor terasa ingin mendengar apa yang didengari oleh si-pesakit pada dinding berkenaan. Dia pun melekapkan telinganya ke dinding.tetapi tidak dapat mendengar apa-apa. Dia berpaling kepada si-pesakit dan berkata "Tak dengar apa-apa pun". "Memang, dah sebulan dah. Senyap je,takde bunyi ape-ape pon" kata si pesakit"

kotak hitam  

Posted by Power Renjis

SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu .

Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya "Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? " Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab " sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan " .

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya lagi : " Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? " Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab, "Setiap kali cukup sedozen abang jual telur ayam tu dan duit abang letak dekat situ ".

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS