kotak hitam
Posted by Power Renjis
SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu .
Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya "Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? " Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab " sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan " .
Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya lagi : " Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? " Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab, "Setiap kali cukup sedozen abang jual telur ayam tu dan duit abang letak dekat situ ".