Anak Yang Patuh  

Posted by Power Renjis

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya."kamu hendak ke mana?syurga atau neraka?siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan!!" maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa hendak ke neraka?"semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi.dengan kehairanan ustaz itu bertanya.bila saya tanya nak masuk syurga.awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan.habis awak nak ke mana??".Jawab murid itu"saya tidak mahu pergi ke mana ustaz.bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan.jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai dia jemput"

Lif  

Posted by Power Renjis

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall.Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung je.Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia." Pak, itu amenda pak?"Bapak menjawab," Entah lah nak.bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh.

"Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan pintu lif terus tertutup.tidak lama kemudian pintu lif terbuka.TINGGGG!!!!!keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE.lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah.“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH.CEPAT!!

Rumah  

Posted by Power Renjis

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg." Kenapa mengemas? " lelaki itu bertanya kepada isterinya.Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung tajam lelaki itu lalu berkata," Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun!.

Dalam masa 15 tahun itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini sekarang jugak! "Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian." Betul juga kata awak. Saya juga dah tak tahan dengan rumah ini. Saya juga nak ikut awak keluar dari rumah ni ! "

Hari Bapa  

Posted by Power Renjis

PENGUMUMAN HARI BAPA!!!

Semua bapa layak tuntut REBET dari isteri anda bermula dari jam 10:00 malam ini. Kepada bapa yang memiliki isteri berusia 18-29 tahun boleh tuntut 3 kali. 30-45 tahun 2 kali. 45 tahun ke atas 1 kali. Pandai-pandailah bapa-bapa membawa diri. SELAMAT HARI BAPA (walaupun agak lewat)

P/S: Menopause tidak layak menuntut.

Malam Pertama  

Posted by Power Renjis

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang... ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya.

Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?"

Gatal  

Posted by Power Renjis

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu)
Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap.

Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru.Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir.ke hulu, ke hilir.

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi.tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2.lama-lama makin boring pulak. so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah.Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia.then tonyoh tonyoh sikit mata dia.dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia.pas tu dia jerit kuat-kuat."BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat.

Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi."PUTIH!!! BUNGA-BUNGA! !! PINK!!!"Cikgu-cikgu tu terkejut dog.dan berjalan cepat-cepat lagi.sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.
cikgu pertama : camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?"
Cikgu kedua : Tak tau pulak.ahli sihir ke apa ntah.
Cikgu ketiga : Alah kebetulan je agaknyer.tak pe, kita tengok besok pulak camana.

Keesokan hari nya macam biasa.pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu.burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah."Iyah! iyah! lapan lapan lagi.satu.dua." dan seterusnya.Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.Burung pun tengok.dia jerit lagi.KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi.

Cikgu pertama : Memang betul apa yang burung tu cakap.heh, apa nak buat hah?".
Cikgu kedua : Kita mesti buat something untuk uji burung tu".
Cikgu ketiga : Aku tau.apa kata esok kita semua pakai color hitam".
"Okey...Set! !!!!" balas depa.

Keesokan harinya.sama juga.bila time ke sekolah, burung tu jerit lagi.HITAM!!HITAM! !!HITAM!! !!"Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi.di sekolah mereka berbincang.

Cikgu pertama : Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent.
Cikgu kedua : Atau pun dia cuma boleh kenal warna?
Cikgu ketiga : Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung.
"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je.bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.ditenungnye lama-lama.cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow.sambil toleh-toleh kat burung tu.burung tu tengok lagi.dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu.dah tu pusing belakang.dia tengok lagi dengan cara menonggeng.dah tu dia pandang ke depan balik.dia garu-garu kepala.dah tu usap-usap dagu.dia cekak pinggang.dah tu burung tu pegang dagu lagi.pastu dia senyum.dia jerit lagi kuat kali ni."LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! "Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.

Karipap  

Posted by Power Renjis

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya. Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?.

Tanya gurunya. RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan. salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang. mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?.

Amer tetap memberi jawapan RM1 Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata; kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

Nangka  

Posted by Power Renjis

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea.Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis.

'AWAS!!! SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya,petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi.

Seminggu selepas itu,Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang.tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis.

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS