Anak Bapak  

Posted by Power Renjis

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak. Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Bedah, tengok ni Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit. Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Selsema Burung  

Posted by Power Renjis

Doktor, kata seorang ayah melalui telefon, Anak lelaki saya menderita Selsema Burung. Saya tahu,jawab doktor. Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah. Tapi, doktor, kata ayah yang cemas itu. Dia telah mencium pembantu rumah kami. Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin. Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu. Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu. Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya. C*L*Ka,jawab doktor, Kalau begitu saya juga sudah dijangkiti.

Alahai Rizal  

Posted by Power Renjis

Rizal ialah seorang lelaki bertubuh kecil yang menjadi saksi suatu kes berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya,adakah anda sudah berkahwin?. Sudah, Tuan. jawab Rizal dengan suara yang tersekat-sekat.
Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin?
Rizal : Sekali sahaja., Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?
Rizal : Seorang perempuan, Tuan! Kerana panas mendengar jawapan dari Rizal, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?
Rizal : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Penimbang Berat  

Posted by Power Renjis

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: 47 kg! Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: 52 kg! Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.mesin komputer mengeluarkan jawapan: Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!

Perompak  

Posted by Power Renjis

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak.Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri.
Perompak : Sebelum kamu mati ku bunuh, sebutkan namamu!
Isteri : Na... nama sa... saya... Aisyah
Perompak : Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu, lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku. Suami : Namaku Irwan.. tapi.. semua orang memanggilku Aisyah

Telur  

Posted by Power Renjis

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, Telurnya mana? Jamal menjawab, Err..Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!

Zorro, Robin Hood Dan Orang Asli  

Posted by Power Renjis

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata..."I AM SORRY... .!!"

Deria Bau  

Posted by Power Renjis

Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor."Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu."Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.

Kondom Dan Pak Pandir  

Posted by Power Renjis

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."Tanya pegawai kesihatan:"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"Jawab Pak Pandir:"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..mendengar kata-kata itu..doktor itu terus pengsan

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS