Pemandu  

Posted by Power Renjis

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa.adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue.maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot.mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie.takde kuasa aku nak tau.baik aku cerita pasal aku.tak gitu.Dan untuk pengetahuan kau.seperti yg kau lihat.dan sememangnya tidak dinafikan lagi.aku dilahirkan sehensem-hensem umat.kerana itulah jugak.berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang.siap ada listing lagik.tapi ada satu bende yang sedih.setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku.aku pun tak tau apasal.Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku.dier le awek aku yg paling last.muktamad dah nie.surat menyurat takkan dilayan.kalo intan tinggalkan aku.cam awek awek aku yg dulu.sumpah aku tak nak kahwin.Bende yang aku nyampah tue jadik jugak.setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping.Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris.macam macam dier komplen.dier tau aku keje sebagai driver.takkan takde kete.bawaklah kereta awak tue.takkan nak terperap kat rumah je.tak syok la naik moto.rambut berserabut lar.muka cair lar.kain terselak lar.malu nanti orang tengok lar.tak buleh nak seksi lar.Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku.sure itulah kali last aku akan jumpa Intan.Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus.berdesing telinga aku.aku cakap kat dier.baiklah.esok aku akan datang naik kete besar.jauh lagi besar dari kete mesedis.Seperti yang ku jangka.itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan.Intan terus menghaibkan diri.aku dah agak dah mesti terjadi punyer.cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua.especially depa yang pernah jadi awek aku or bakal awek aku.Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie..satu hari nanti.Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian
Kuala Sepetang Taiping Perak

0 comments

Post a Comment

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS