Pemandu Teksi
Posted by Power Renjis
Pada suatu hari, seorang wanita berbangsa Filipina di Sabah menaiki sebuah teksi di Kota Kinabalu. Pemandu teksi itu pun bertanyakan kepada wanita tersebut Cik mau pigi mana? Wanita itu pun menjawab Tolong hantar saya pi kampung Dangir ya.Pemandu itu pun hairan, sejak 10 tahun menjadi pemandu teksi, dia belum pernah mendengar nama kampung itu.Oleh kerana tidak tahu lokasi kampung itu, dia bertanya sekali lagi kepada wanita tersebut.Cik, di mana bah itu kampung Dangir?Alamak, encik ni pemandu teksi baru ka? Itu kampung Dangir sana di dakat kampung Likas bah, dakat itu tapak pembinaan bangunan kerajaan yang baru itu jawab wanita itu.OOOh di sana, bah mari la aku hantar kamu kata pemandu teksi itu.Lalu pemandu teksi itu pun menghantar wanita itu ke tapak pembinaan itu.Setibanya mereka di tapak pembinaan tersebut, wanita itu pun berkata Nah kan, kamu tahu juga bah tempat ni, tengok papan tanda yang di situ itu ada tertulis nama kampung ini kata wanita itu menunjukkan jarinya ke sebuah papan tanda di situ yang bertulis DANGER (merbahaya).Selepas kejadian itu, pemandu teksi tersebut telah meninggal dunia kerana ketawa terbahak-bahak sehingga Strok menyerangnya.