Pepatah
Posted by Power Renjis
Pada suatu hari, Cikgu Zairol masuk ke kelas tingkatan 5. Dia sebenarnya mengajar subjek Bahasa Malaysia.Topik pengajaran pada hari itu berkaitan dengan peribahasa. Di dalam kelas tersebut terdapat seorang pelajar yang sangat lemah dalam bahasa Malaysia. Maklumlah dia bukanlah berbangsa Melayu. Nama pelajar itu ialah Alif. Cikgu Zairol pun berkata kepada Alif. Alif, saya nak kamu beri saya peribahasa yang sesuai bagi situasi ini ya kata cikgu Zairol.Baiklah balas Alif. Cikgu Zairol pun membacakan ayat situasi tersebut. Tahun demi tahun, jumlah anak yatim di rumah-rumah anak yatim semakin bertambah bak kata pepatah.... sambung Alif kata Cikgu Zairol. Dengan penuh yakin Alif pun menyambung Bak kata pepatah KECIL-KECIL TAKNAK MAMPUS BILA BESAR MENYUSAHKAN ORANG. Sejurus selepas itu, 5 pelajar di dalam kelas tersebut telah pengsan kerana ketawa terbahak-bahak... Kisah ini sebenarnya berlaku di sebuah sekolah di pedalaman.