Milah
Posted by Power Renjis
Al-kisah di sebuah kampung di sebuah negeri, tinggalah sepasang suami isteri yang memiliki seorang anak dara yang amat cantik sekali.Namanya milah, tapi ilmu pendidikannya kurang bagus sangat jika nak dibandingkan dengan gadis-gadis kampung yang lain.Biasa la setiap insan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Milah ni memang menjadi siulan jejaka-jejaka dan jantan miang kat kampung ni.Tetapi sikit pun tak diedahkan oleh milah.Si milah ni berjiran dengan lebai Haji dan mak Haji yang mempunyai seorang anak teruna yang alim lagi warak dan masih tampan muda remaja.
Maka kedua-dua keluarga pun menyatukanlah mereka berdua dalam upacara perkahwinan yang gilang gemilang.Selepas semuanya selesai, maka keesokannya mak kepada milah ni duduk la kat dapur sembang-sembang sambil bagi nasihat kat anaknya milah yang baru kawin tu.
Emak : Beruntung kau milah dapat kawin dengan si mamat tu.Bukan tampan dan baik je, tapi bersifat warak orangnya.Sejuk hati mak dengan bapak ko dapat menantu macam mamat tu.
Minah : Baik apanya mak?malam tadi dia siap selak kain milah dan tindih-tindih milah plak.
Emak : Hah? sama macam bapak ko jugak!.
P/S Power Renjis : Harga minyak naik lagi.