Budin  

Posted by Power Renjis

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar.
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan.
Budin: Panggil dia jap! herdik Budin dengan nada yang tinggi.
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.

Power Renjis : Jangan benci kucing.Sama-sama kita jadikan pengajaran.

Kaki  

Posted by Power Renjis

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan, sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.Ujian kali ini sungguh susah.Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah.Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang pun pun yang boleh menjawab soalan ujian.

Seorang mahasiswa yang amat kecewa memutuskan untuk keluar dari dewan Ujian, dia menghempas daun pintu dengan kuat.Dummmm!!!! Melihat keadaan itu, pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye? Siapa nama kau!!! Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata: Nie kaki saya, Cuba encik teka!! siapa nama saya?

Power Renjis : Bosan betul hari ni.Tak tau nak keluar pegi mana.

Makan Oren  

Posted by Power Renjis

Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan disekitar KL. Para pekerja kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada pekerja yang dah kawin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang.

Akhirnya Parman dan Sutijah pun berkahwin. Namun depa berdua ni masih tinggal di rumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih takde 'privacy' langsung. Ada juga beberapa pasangan pekerja yang dah kawin di situ. Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Memang tader 'privacy' langsunglah lebih-lebih lagi depa nih baru berkahwin.

Cuba korang semua bayangkan camana tuh.Memang masalah bosar betul. Nak cakap pun tak boleh kuat-kuat. Lepas tu nak gerak gerak pun tak boleh lasak sangat. Ya la, dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak lebih-lebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh kalau depa bergerak gerak. Kalau nak buat projek pun depa berdua ni kena pastikan yang orang lain dah tido.

Dan sebagai langkah memudahkan, depa berdua ni terpaksa menggunakan bahasa isyarat tertentu. Bahasa isyaratnya ialah kamu mau makan oren Dan sutijah akan menjawab Mau. Sebagai couple yang baru berkaahwin, setiap malam depa mau 'makan oren'. Perkara ini berlanjutan sehingga berminggu lamanya sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini pada satu malam.

Jam sudah menunjukan pukul 12 tengah malam. Parman dan Sutijah yakin bahawa penghuni di rumah kongsi itu sudah lena tidur kerana kedengaran banyak dengkuran. Namun Parman tetap menggunakan bahasa isyarat. Kamu mau makan oren kata Parman kepada Sutijah?.

Belum sempat Sutijah menjawab mau tiba-tiba rakannya yang tidur di bawah pangkin berkata : Makan oren boleh saja tapi airnya jangan meleleh ke bawah udah ya!

Power Renjis : Dalam proses nak sweeping orang yang kurang ajar! hehe

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS