Angelina Jolie akan melawat Malaysia !!!
Posted by Power Renjis
Kuala Lumpur, Khamis - Artis dan selebriti antarabangsa terkenal, Angelina Jolie, akan melawatMalaysia dalam waktu terdekat ini. Jurucakap artis itu hari ini mengesahkan bahawa temanlelaki artis itu, Brad Pitt, dan anak mereka berdua, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, akan membuatlawatan tersebut sebaik sahaja Angelina sihat dan sembuh dari pembedahan caesarian yangdilalui oleh Angelina tempoh hari.
"Kami benar-benar teruja untuk melawat Malaysia", ujar Brad Pitt yang telah menemani Angelinasepanjang kelahiran anak mereka berdua. "Ini memang hasrat Angelina sejak kami mengetahuibahawa Angelina mengandungkan anak kami".
Jurucakap kedua-dua artis itu menafikan bahawa penerbangan dari Namibia ke Malaysia akanmemenatkan kedua-dua Angelina dan Shiloh Nouvel kerana mereka mempunyai pesawat jetperibadi. Penerbangan selama 7˝ jam itu akan ditemani oleh doktor peribadi mereka, Dr PhilipKingston-Smith, untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan selesa dan selamat.
"Angelina Jolie sebenarnya sangat teringin untuk membawa anak beliau untuk menemui bapaangkatnya di Malaysia", ujar jurucakap itu lagi. "Angelina Jolie akan menemui bapa angkatAngelina, artis terkenal Malaysia, M.Rajoli untuk beberapa hari sebelum berangkat pulang keAmerika Syarikat".
Manakala adik angkat Brad Pit pula adalah Samat Rempit yang dikatakan terjatuh kedalamlongkang semasa merempit selasa lalu. Dan sehingga kehari ini motor kapcainya masihgagal dikeluarkan dari dasar longkang yang agak dalam. - Reuter