Terlupa  

Posted by Power Renjis

ketika berada di sebuah hospital besar, Rizal adalah salah seorang dari beribu-ribu orang yang ke hospital tersebut kerana isterinya baru sahaja melahirkan anaknya yang pertama. Ketika Rizal sedang melamun di depan dewan bersalin tiba-tiba Rizal melihat seorang lelaki dengan tergesa-gesa dan terburu-buru meluru masuk ke dewan bersalin,dan beberapa ketika kemudian Rizal ternampak lelaki itu keluar ditolak dengan kurusi roda oleh seorang jururawat kerana pengsan. Rizal hairan melihat lelaki tersebut. Kerana ingin mengetahui apa yang terjadi, Rizal terus berjumpa dengan jururawat yang ada di dewan bersalin. Rizal bertanya,Misi,boleh saya tahu kenapa dengan lelaki yang baru datang tadi dan mengapa tiba-tiba dia pengsan? dengan tenang jururawat itu menjawab,Oh. Dia terburu-buru datang kesini kerana isterinya sudah hendak bersalin, tetapi dia terlupa sesuatu, Lupa apa, cik Misi? tanya Rizal lagi. Dia lupa membawa isterinya kesini.

Hantaran Tinggi  

Posted by Power Renjis

Emak kepada Jenet : Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut..... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah~
Emak kepada Rizal : Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer.... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat...
Emak kepada Jenet : Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap...
Rizal : Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!

Salah Paham  

Posted by Power Renjis

Ada dua orang anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yang sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpa tam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yang baru kehilangan isterinya. Wanita itu berkata kepada Tam saya turut bersedih atas kehilangan yang anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. Tam yang menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan ..

Banduan  

Posted by Power Renjis

Seorang banduan bernama sampah baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka. Banduan itu mengarahkan azroq turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat putri di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi. Sementara banduan berada di bilik mandi, azroq berbisik kepada putri: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.." Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

Tak jujur jugak  

Posted by Power Renjis

Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawahsinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut
Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000.Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.
Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain!
Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu. Aku hanya inginkan ayam gorengku."
Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ialu terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya.
"Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran. "Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar. Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?"
"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapatpergi dari sini."

Jam Dinding  

Posted by Power Renjis

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana tolong mereka dalam operasi.Alangkah bangganya ketua org asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahny & orang kampung sering datang melihat jam tersebut sebagai perhiasan kerana pada mase itu mereka tak tahu menggunakan jam utk melihat waktu. 1 hari jarum jam itu berhenti bergerak.Masa itu punyelah ramai anak buah ketua orang asli kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung pon tunjuk tererlah,lalu dia pon turunkan jam tersebut dan membeleknya.Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut & dengan tak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macamane ada plak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri itu.Beliau dengan bangga memberitahu anak buahnya... "OOOO patut la tak jalan,drebarnya mati tersepitttt!!"

Mak Cik Dan Penjual Tiket Keretapi  

Posted by Power Renjis

Satu pagi di stesen keretapi... Ada satu makcik tu dia tanya penjaga tiket.
Makcik: Nak, keretapi sampai jam berapa??
penjaga tiket : yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas rel aja. Terima kasih lah nak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan... ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye... "

Ibu Fatimah yang hebat  

Posted by Power Renjis

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.
Peguamcara : Ibu Fatima, Ibu kenal siapa saya?
Ibu Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil. Kamu suka berbohong dan mengata di belakang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar.. dan aku merasa amat kasihan dengan isterimu.Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar...
Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima..Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..
Peguamcara : Ibu Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi.., peguam belakang?
Ibu Fatima : Oh ya, tentu saja... Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu ia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan... Ia pemalas,suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..
Habis sahaja Ibu Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya..."Jika kamu berdua menanyakan kepadanya.. adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan..," kata hakim.

Zakiah  

Posted by Power Renjis

Azura dan Zack bersahabat sejak dari kecil.. Azura dan Zack saling cinta mencintai.. Setelah Besar... Zack melanjutkan pelajaran ke US dan Azura hanyalah seorang penganggur.. Tetapi mereka terus berhubung surat dan telefon.. hinggalah 2 tahun kemudian... Zack tidak lagi menghantar sebarang berita... Azura bersedih dan selalu berdoa agar hati Zack tidak berubah... Setelah lebih 5 tahun... barulah Zack mengirimkankan satu surat dan minta agar Azura menjemputnya di Lapangan Terbang... Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya... Semasa menunggu Zack di lapangan terbang... Tiba-tiba bahu Azura di tepuk seseorang. Dan ternyata orang itu adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju biru ketat. Kamu Azura kan? tanya gadis Cun itu... lantas menyambung... Kenalkan aku Zakiah....! Aku ingin memberitahu bahawa engkau tidak akan bertemu lagi dengan Zack. Lupakanlah dia..... tegas gadis tersebut Azura pucat dan hendak menangis... Pompuan tak guna.. dah kau rampas Zack dari aku.. kau sakitkan hati ku lagi... marah Azura.. Tiba-tiba gadis itu tersenyum dan menepuk bahu Azura dan berkata.... bwk betenang,ni akula zack!.name baruku zakiah..

Doktor  

Posted by Power Renjis

Ada seorang doktor[Doktor Azroq] pergi ke klinik kawannya yang juga seorang doktor [Doktor Ambuk]. Doktor Ambuk ialah seorang doktor cinta.
Dr. Azroq : Ambuk, baru-baru ini jatuh cinta dengan pesakitku.
Dr. Ambuk : Baguslah, Azroq , kenapa kau tak berterus-terang sahaja dan terus melamarnya, kaukan masih solo.
Dr. Azroq: Tapi, Ambuk ?
Dr. Ambuk : Tapi apa lagi, biasala kalau dah jatuh cinta tu
Dr. Azroq : Tapi........
Dr. Ambuk : Kenapa. Kau malu untuk berteru-terang ?
Dr. Azroq: Bukan begitu
Dr. Ambuk : Habis tu, kenapa ?
Dr. Azroq : Masalah aku sebenarnya adalah aku ni DOKTOR HAIWAN !

Suami yang tak baik  

Posted by Power Renjis

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalamkeadaan mabuk. Suatu hari siisteri sangat marah kepada suaminya
"Sedap aje abang keluar bersenang lenang di luar sana, saya kat rumah ni menderita duduksorang-sorang abang tau!"
Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suamimemesan minuman keras seperti biasanya, dan memesankan satu gelas untuk isterinya.Ketika si isteri mencoba meminumnya, ia langsung memuntahkannya kembali.
"Cis Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung, muntah saya.. !!" rungut si isteri.
"Ituhlah, engkau ingat aku bersenang-senang di sini, menderita tau...."

Cara nak cover malu  

Posted by Power Renjis

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehinggaberkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawandengan makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengansuara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadapkebersihan....
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupuntiada orang di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantuanda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelahanda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?

Angelina Jolie akan melawat Malaysia !!!  

Posted by Power Renjis

Kuala Lumpur, Khamis - Artis dan selebriti antarabangsa terkenal, Angelina Jolie, akan melawatMalaysia dalam waktu terdekat ini. Jurucakap artis itu hari ini mengesahkan bahawa temanlelaki artis itu, Brad Pitt, dan anak mereka berdua, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, akan membuatlawatan tersebut sebaik sahaja Angelina sihat dan sembuh dari pembedahan caesarian yangdilalui oleh Angelina tempoh hari.
"Kami benar-benar teruja untuk melawat Malaysia", ujar Brad Pitt yang telah menemani Angelinasepanjang kelahiran anak mereka berdua. "Ini memang hasrat Angelina sejak kami mengetahuibahawa Angelina mengandungkan anak kami".
Jurucakap kedua-dua artis itu menafikan bahawa penerbangan dari Namibia ke Malaysia akanmemenatkan kedua-dua Angelina dan Shiloh Nouvel kerana mereka mempunyai pesawat jetperibadi. Penerbangan selama 7˝ jam itu akan ditemani oleh doktor peribadi mereka, Dr PhilipKingston-Smith, untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan selesa dan selamat.
"Angelina Jolie sebenarnya sangat teringin untuk membawa anak beliau untuk menemui bapaangkatnya di Malaysia", ujar jurucakap itu lagi. "Angelina Jolie akan menemui bapa angkatAngelina, artis terkenal Malaysia, M.Rajoli untuk beberapa hari sebelum berangkat pulang keAmerika Syarikat".
Manakala adik angkat Brad Pit pula adalah Samat Rempit yang dikatakan terjatuh kedalamlongkang semasa merempit selasa lalu. Dan sehingga kehari ini motor kapcainya masihgagal dikeluarkan dari dasar longkang yang agak dalam. - Reuter

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS