3 Ekor Tikus  

Posted by Power Renjis

Suatu petang di rumah konkrit milik seorang jutawan bergelar datuk, 3 ekor tikus kembar bersembang di lubang tersorok di sudut dapur. Masing-masing jual tembirang.

Tikus 1: Ahad lepas, ketika saya berjalan di kebun bunga di belakang dapur, saya terjumpa perangkap tikus. Ceh!

Tuan rumah ini mo perangkap saya konon. Sekali saya tendang perangkap itu, terus terbang nuuun seberang

jalan..padan muka perangkap bodoh itu.

Tikus 2: Saya pula, ketika menyelongkar di almari kayu depan kita itu, saya terjumpa setin racun tikus yang masih

segar. Apa lagi, terus saya makan hampir habis. Bakinya saya tabur dalam beras bawah almari tu. Padan

muka mereka, tengok la sapa mati. Saya ok lagi nie, malah rasa makin sihat selepas makan racun tikus itu.

Tikus paling montel di antara 3 ekor tersebut yang hanya mendengar tadi terus menyampuk.

Tikus 3: Korang nampak tak kucing mengandung yang baring bawa kusyen sana tu? Hah! Tengah sarat tu. Dah 2

bulan. Kalau korang nak tau, anak yang dikandungnya itu adalah zuriat saya hehehe..

Papa Dan Mama  

Posted by Power Renjis

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

Boss Yang Baik  

Posted by Power Renjis

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasitapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer ye! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'salam Boss, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?Ntah-ntah dia ponteng?Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: Salam Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buatkerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

Salah Tafsir  

Posted by Power Renjis

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK..

Cemburu  

Posted by Power Renjis

Kisah sebuah keluarga dengan dua orang anak kembar. Anak yang sulung bernama melati dan yang bongsu bernama seroja. Pak Mud dan isterinya, Mak Wook memang sayangkan kedua - duanya. Tetapi oleh kerana Seroja lebih comel dari kakaknya Melati, menyebabkan Pak Mud memberikan perhatian yang lebih kepada Seroja.

Perkara ini memang disedari oleh Melati. Oleh kerana termakan hasutan syaitan, Melati pun merancang untuk menghapuskan Seroja yang comel lote itu... Oleh kerana kedua kembar tersebut masih menyusu badan ibu mereka, Melati bertekad meletakkan racun pada payudara ibunya agar Seroja keracunan dan mati selepas menyusu badan ibunya.

Pada malam yang dinantikan, melati pun melaksanakan niat jahatnya. Akan tetapi.... pada keesokan paginya, sewaktu Melati bangun dari tidur, dia terkejut besar apabila mendapati
ayahnya pula yang meninggal dunia..

Jeruk Mangga  

Posted by Power Renjis

Al-kisah tentang pelajar tahun enam di sebuah sekolah rendah yang menyambut hari guru. Masing - masing berebut - rebut nak memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka, cikgu lina.

Apabila loceng tamat kelas dibunyikan, beraturlah murid tahum Enam Gigih untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka itu. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah.

Tibalah giliran Leha, ketua kelas, dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik, lain dari yang lain menghulurkan hadiah tersebut kepada Cikgu Lina.

Tapi sebelum itu, sambil tersenyum simpul si Leha meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak itu.

Maka jenuhlah Cikgu Lina meneka. Bermula dengan kek sampailah kepada lampu tidur, semuanya disambut dengan gelengan kepala si Leha tanda salah.

Dengan tidak semena - mena, ada cecair yang meleleh dam menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya, Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu dengan jarinya lalu memasukkan kedalam mulutnya dan merasa.. "Hmmmm.....masam....ha....cikgu tau dah...kamu hadiahkan ccikgu jaruk mangga ye. Mana kamu tahu favourite cikgu ni? Pandainya...

"Errrr....sebenarnya kan cikgu...saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Leha sambil bersedia nak blah.....

Positif  

Posted by Power Renjis

Sepasang suami isteri yg tinggal di suatu taman perumahan teres kat mana

ntah le..

suaminya keje kilang je..

isterinya dok umah, tak keja

suatu hari.. suaminya sakit kepala

dan rasa demam2 tak sedap badan..

balik keja ptg tu pi la satu klinik swasta

jumpa doktor untuk rawatan..

doktor nak peksa air kencing..

tapi yang pagi2 punya..

esok pepagi tu, suami pun kencing la

masuk dalam botol tak atas meja..

dgn harapan nanti balik keja..

nak wak pi jumpa doktor utk dipeksa..

isteri dok punggah cari bil letrik

bil air pun sama le dok atas meja..

dok tak dok tangan terkena botol

jatuh pecah, air kencing bertabur..

isteri dah kecut dan takut..

kalau suaminya tahu mampuih le dia..

so, dia kencing ganti dalam botol yg serupa..

harap2 suaminya tak tahu, selamat la dia..

suami balik lepas keja..

mintak botol kencingnya tu..

isteri bagi je ngan selamba..

wak pi jumpa doktor yg kemarin tu la..

lepas peksa doktor senyum je...

TAHNIAH.. Sah Mengandung!

kata doktor pada si suami..

suami melopong terkejut...

terus balik mengadu kat isteri dia..

susah hati bukan main lagi...

isteri nak tau gak apa halnya..

sambil mengeluh dia berkata :

'.. itu lah minah!! abg dok kata dah..

abg dok atas minah pun nak dok atas juga..

selalu sangat minah naik atas abg ni..

haa.. skang apa dah jadi..??? doktor dah sahkan abg pula yang mengandung!!"

isteri tergelak sampai berguling gantang..

suami bersedih dan keliru.. tak menentu

dok pikiaq nanti cemana nak beranak!!

perhatian buat suami2 dan isteri2 :

kalau suami di atas, isterinya akan buncit..

kalau isteri di atas.. suami pula akan buncit!!

zaman la ni ramai yg kita jumpa suami yg buncit dan boroi semacam je..!!!

Doktor Kubur  

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
" Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul…

Cikgu  

Posted by Power Renjis

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini sedangkan kawan-kawan riang gemmbira bermain ditengah padang tu, cikgu gembira kalau cikgu dapat membantu kamu?”

“tak pe cikgu” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

“… Saya penjaga gol je!”

Tipah Tetipu  

Posted by Power Renjis

Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul,dah la ngantuk! Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran.

Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde, Tipah sensorang ajer. Takut gak tau! Tunggu punyer tunggu?dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu. Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?

Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu? Laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? Peluh jantan mula memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.

Dalam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? Menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han... ... ... .?? Adakah kondukturnya To?.? Adakah?adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye !

"Tt?tolong?toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.

"Hoh! Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.

Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa?rosak enjin dia. Patut la slow aje?patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh... malu Tipah tau!

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS