kelambu pak pandir  

Posted by Power Renjis

Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

bangkai  

Posted by Power Renjis

Bini : Abg..nak tahu tak?..

Suami : Apa die?

Bini : Org depan tu kuang ajar betol la..ade ke die pnggil suami die dengan panggilan tak senonoh...

Suami : Ape die pnggil?

Bini : 'bangkai'...pnggil la Bang Rub ke BAng din ke..hish...

Suami : Memanglah sebab suami die name Khairudin.....

silap pesan  

Posted by Power Renjis

ayah : pertama kali kte masok restoran itali nie..amin suker x..???

amin : suke..tp kte x tau nk pesan ape...

ayah : xper...kte bwat la cam da bese masok kt cni...

pelayan : selamat petang encik...ini menu tuk encik bwat pesanan..

.....................................................................................................

.....................................................................................................

.....................................................................................................

ayah : hurrmmmm.....bg sye GIUSEPPE SPLADALUCCI tuk 2 org...

pelayan : maaf encik...tue nme pemilik restoran nie.....

sekali silap pesan daaaaa....

gangster  

Posted by Power Renjis

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada
pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa
isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah... "

Olimpik Renang O.K.U  

Posted by Power Renjis

Dalam satu temasya sukan olimpik, satu pertandingan renang O.K.U(orang kurang upaya) melibatkan 3 peserta renang yang masing2 mewakili negara Jepun, Amerika dan Malaysia..Peserta dari Jepun tidak mempunyai kedua2 lengannya,manakala peserta dari Amerika pula tidak mempunyai kedua2 belah kakinya sementara peserta dari Malaysia pula tidak mempunyai kedua2 belah tangan dan kakinya...Dengan sokongan kerusi roda dan bantuan coach mereka masing2,peserta tersebut dibawa di garisan permulaan untuk acara 200m renang gaya bebas..

Maka,bermulala acara tersebut...

Pengawai pelepas:Pesertaaaa!!!sediaaaa!!!!POMMMMM!!!

Ketiga2 peserta tersebut dengan pantas terjun dan berenang dengan begitu pantas sekali..Seluruh penonton dalam stadium begitu terpegun melihat kepantasan ketiga2 peserta o.k.u tersebut...Tetapi apa yang menghairankan para penonton peserta dari Malaysia merupakan peserta yang paling pantas berenang berbanding peserta dari jepun dan amerika yang masih mempunyai lengan dan kaki untuk berenang sedangkan peserta Malaysia tersebut tidak mempunyai tangan dan kakinya.Peserta Jepun dan amerika begitu jauh sekali ditinggalkan di belakang peserta malaysia...

Walaubagaimanapun,tiba2 dalam jarak 50m terakhir peserta malaysia tiba2 tenggelam ke dasar kolam renang itu,justeru peserta jepun dan amerika mengambil peluang memintasnya.maka,kalahlah peserta malaysia itu...

Tidak lama kemudian,peserta Malaysia akhirnya diselamatkan oleh anggota penyelamat yang bertugas.Nasib telah meyebelahi peserta Malaysia kerana tidak mati lemas..

Coach:(dengan nada kecewa)awak mengecewakan sayaa!!!awak telah hampir menang tadi!!awak betul2 mengecewakan saya!!!

Peserta Malaysia:Sorry coach,Telinga saya cramp!

Pencuri Silap Teknik!  

Posted by Power Renjis

Seorang taukeh cina kaya membuat laporan polis kerana wangnya sebanyak RM80,000 telah dicuri di rumahnya.Sementara menunggu siasatan pihak polis,kerana amat sangat sayangkan duitnya itu,beliau akhirnya membuat keputusan untuk menyiarkan iklan tentang kehilangan wangnya itu dalam akhbar Malaysia.

Iklan tersebut berbunyi begini...

SESIAPA YANG MENJUMPAI WANG BERJUMLAH RM80,000 YANG TELAH SIAP DIIKAT DENGAN GETAH,..TOLONG KEMBALIKANNYA KEPADA ENCIK TONG YEK LOI(TALIAN 0148881XXX/alamat xxxx)..GANJARAN BERUPA KERETA B.M.W DAN WANG GANJARAN RM10,000 AKAN DIBERIKAN..SEKIAN...

3 hari selepas iklan itu disiarkan,tiba2 pintu rumah taukey tersebut diketuk oleh seseorang...Apabila taukey kaya tersebut membuka pintu rumahny,maka kelihatan seorang lelaki..

Si Lelaki:Boleh tanya, ini encik Tong?yang kehilangan wang tu??

Taukey:ya2!saya..dah jumpa ka duit saya tu?(nada gembira skit)

Si Lelaki:Wangnya masih tak jumpa,tapi getahnya saya dah jumpa..ada ganjaran juga ke ni??

Lawak Interview  

Posted by Power Renjis

ade satu pagi dengan ade dua org iaitu ahmad dan abu.abu ni tengah siap2 nak gi interview dengan jalan kaki.tapi ahamd menegur abu

ahmad : abu

abu : ape??

ahmad : semalam kau kate kau ade interview hari nih.

abu : yelah tengah siap2 nih.x nampak ke

ahmad : yelah maksud aku takkan kau nak gi interview jalan kaki kot

abu : aku semalam bace surat.lepas tu dalam surat tu ade tulis walk-in interview jadi aku kene jalan kaki lah

ahmad : (dalam hati) bodohnye kawan aku sorang nih

lawak orang asli  

Posted by Power Renjis

kawan aku nama mat minum kat satu warung orang asli kat pahang.. mat: pai bagi teh satu asli:siapp tiba-tiba kwn aku nampak seekor lalat kat dalam cawan teh tu..apalagi kwn aku tu komplen laaa mat: pai mari sini tengok dlm teh ni ada lalat...mcam mana ni...asli tu jwb apa ALLO BANG BAYAR SATU RINGGIT TAKKAN MAU TARUK UDANG... bengang betul kwn aku tu.hahahaa

lawak asli lagi  

Posted by Power Renjis

ni aku nak cerita pasal orang asli kat pahang.tak tau betul ke tidak ..ada sorang asli tu dia nak pergi ke pekan ,tiba di pertengahan jalan ada sorang kawan dia tahan nak tumpang,dia pun bagi la...tak berapa jauh lepas tu sorang lagi tahan. asli tu kata naik lah boleh muat ni 3 orang..dengan tak pakai topi keledar si asli ni pun pecut moto kapcai tu ..tiba2 sampai kat pekan ada roadblock polis...polis tu apalagi terus tahan je asli tu,tapi asli tu buat bodo je terus jalan tak nak berhenti...polis tu pun apalagi ambik motor terus kejar si asli tu.. setelah dapat tahan moto tu polis tu pun marah la kat asli tu...Apasal awak tak berhenti tadi bila saya tahan..dah la tak pakai topi keledar ,naik pulak 3 orang..apa asli tu jawab.....MEMANG LA SAYA TAK BERHENTI SAYA INGAT ENCIK NAK TUMPANG ...MOTO NI DAH PENUH MANA BOLEH MUAT 4 ORG

Orang gile!  

Posted by Power Renjis

Seramai 26 orang gila dari malaysia telah dibawa ke amerika untuk brjumpa dgan d0ktor pakar.. Mereka semua telah dbawa dgan sebuah kapal terbang yg besar... Nak dijadikan cerita,sewaktu dalam perjalanan,mereka teramatlah bising nye,kecoh bt0l,bese la..kalu da same2 gila,ada je mende bodoh dorg wat. So,kbisingan dorang ni tlah mbuatkan captain pilot marah.. Lalu,cptain pilot ni telah menyuruh co pilot untk mlihat apa yg brlaku di belakang. Apabila saja co pilot melihat apa yg brlaku,trkejut beruk la co pilot bila melihat orang2 gila tsebut sdang brmain bola sepak di belakang...MU vs Chealsea kata org gila 2... Co pilot 2 apa lg ,marah la. Hoii gila!tak boleh main bola dalam kapal terbang!! Stelah dimarahi,terdiam la semuanya.terkesima... Namun,selang bberapa minit kmudian,cptain brasa curiga kerana suasana begitu tenang d belakang..senyap jek.. Lalu cptain pilot menyuruh lg co pilot melihat apa yg blaku di belakang. Stelah diperiksa,terkejut beruk lg la co pilot bila mlihat hanya tgal 4 orang gila saja..co pilot hairan lalu brtanya. Copilot: oi gile,apa da jadi?mana kawan2 seangkatanmu yg lain?? Gila : daa encik pilot x kasik kamik main bola dalam kpal trbang,dorang main la kt luar..ape da gila jugak encik ni.hahah Copilot : erk,aku pulak gila?habis,apa kamu 4 orang ni buat dalam ni??nape x ikot kawan kamu main kt luar? Gila: encik ni gila ke?kan kami ni pemain simpanan

Salah waktu  

Posted by Power Renjis

Mat ditegur cikgunya kerana mendapat keputusan ujian yg kurag memuaskan..

Cikgu : Prestasi kamu makin merosot.Kalau ada yg xpham,boleh tnya cikgu bila-bila masa jer..cikgu akn terangkan..
Mat : Baik…

Di waktu rehat….

Mat : Cikgu, soalan ni sy xphm..Boleh tolong terangkan?
Cikgu : Hmm..cikgu gembira kamu datang btanya..tapi..
Mat :hee..tapi ape cikgu?
Cikgu : Tapi naper kt dalam TANDAS?!!

Sama jugak  

Posted by Power Renjis

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...habis tu yang hitam tu siapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa..

Telefon  

Posted by Power Renjis

Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…

“Haa,camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.

Ntah camna,akhirnya aku balas juga “Ok gak ler”

Kemudian suara tu bertanya lagi “Ko nak gi mana ni??”

Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata “Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit”

Lepas suara tu bertanya lagi “Bila ko nak gerak ni??”

Aku selamba jer kata “Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Lelaki yang sengau  

Posted by Power Renjis

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu itu pun menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional  

Posted by Power Renjis

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Gelagat Boss ngan Seketeri di early  

Posted by Power Renjis

Alkisah ada seorg lelaki yg berusia lewat
50an dan
bekerja sebagai CEW disebuah sykt yg
besar di
KL… Pada suatu early morning tu.. Boss
ini
memanggil la dia punya seketeri masuk
ke
opisnya..seperti biasa.. seketerinya pun
masukla…

Tolong buatkan saya surat utk kita punya
client..

Si Boss ini pun mula la cakap dia punya
mukadimahnya.. biasa la Boss.. malas
nak tulis..
cakap punya cakap.. Boss ni pun
bangun.. dan
berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil
tangan
masuk dlm poket seluar.. 10 minit
kemudia acara
mengarang ayat pun habis.. si seketeri
pun mula
bersuara..

Seketeri: Boss.. pagi tadikan.. masa saya
nak
datang ke opis..saya nampak pintu
garage boss
terbuka..

Boss: (dlm keadaan kelam kabut) ye ke..
tak per,
nanti saya call rumah..terima kasih..

Si seketeri pun blah balik ke meja
dia..dan si Boss
pun call rumah dia tanya wife dia..

Boss: Yang tolong tengokkan garage
rumah
kita..pintu dia terbuka la..

Bini: Taklah bang..baru tadi I tengok ..
mana ada
terbuka..

Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengok
sekejap.

Bini: Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la
bang.

Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka
macam
mana org boleh nampak??

Bini: Okay lah.. okay lah.

Setelah setengah jam kemudia.. masa
Boss ni
tengah relek-relek..baru dia perasan yang
zip
seluar dia terbuka..(dah memang
perangai dia tak
suka pakai underware).. maka
nampaklah…mengelabahlah si Boss ni
memikirkan
macam mana nak cover malu kat seketeri
dia tu..

Boss: Errr… tadi pagi masa you nampak
garage I
terbuka.. ada tak you nampak BMW kat
dlm tu?

Seketeri: Tak.. yg I nampak cuma ada
MINI
COOPER ngan dua tayar depannya
pancit!!!!!!

Pesakit Jiwa Yang Resah  

Posted by Power Renjis

Seorang pesakit jiwa mengadu kepada doktor psikiatri mengenai teman sebiliknya.
“Saya sudah tidak tahan lagi, doktor”
“Kenapa?”, tanya doktor dengan ramah.
“Begini doktor. Teman sebilik saya menganggap dirinya adalah seekor anjing”
“Oh ya? Adakah dia menyalak?”
“Kalau dia menyalak tak jadi masalah. Masalahnya saya adalah sebatang pohon. Jadi sebentar-sebentar dikencinginya

Sakit jiwa  

Posted by Power Renjis

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya
adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika
ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang
kerana menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.
Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian
ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah
pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki : Ya doktor.

Doktor : Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki : Saya ini manusia doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung?

Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia?

Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi
manusia.

Doktor : “??$$??”

Lawak Budi Bahasa LRT  

Posted by Power Renjis

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

Juruterbang Bodoh  

Posted by Power Renjis

Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara. "May day, may day, may day...!!", terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio.

"Pesanan anda didengar jelas", kata petugas dek menara pengawas, "Harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera..!!"

"Ya, baik," jawab juruterbang itu, "Saya tinggi 1.8 cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"

kisah guru dan murid  

Posted by Power Renjis

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi Sahaja?
Petang Dan malam awak doakan saya tak
Selamat?

Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
Orang! Kata selamat sejahtera! Senang Dan Penuh
Bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi
Semua Masa Dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
Perkataan Berlawan. Bila cikgu sebutkan Perkataannya,Kamu semua mesti menjawab dengan Cepat, lawan bagi
Perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.

murid :(senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Cikgu : rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

cikgu : oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu Gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

3 Orang Sahabat  

Posted by Power Renjis

Amat, Abu dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka
kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan
cannibal. Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan
diberikan. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah
yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2
beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu
kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut
kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau
kamu akan dimakan!". Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam
lubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli. Belum sempat
epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan
diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.

Abu pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara
yang sama kepada Abu. Abu merasa takdelah susah mana. Dari jauh Amat
mendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!!
LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Abu ketawa terbahak-baha. Beberapa minit kemudian Abu diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah
besar.

"Weiii yang ko gelak apehal???...ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak
Amat.

Abu jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2
Budin balik bawak durian 10 bijik".

Anjing  

Posted by Power Renjis

Seorang pemuda melihat seekor anjing sedang berbaring di sebelah seorang tua yg sedang duduk membaca akhbar.

“Apakah anjingmu garang?”, tanya pemuda tersebut

“Tidak”

Tapi ketika si pemuda mencoba membelainya, si anjing dengan ganas menerkam tangannya dan mengigitnya hingga hampir putus”

“Hei! Kamu kata anjingmu tidak garang!”

“Memang tidak. Itu bukan anjing saya”

Monyet  

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.. Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?” Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali. Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?” Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.. Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?” Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. “Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?” Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…

Gabra Punya Pasal  

Posted by Power Renjis

Al kisah ada la satu famili…yang penghuni ayah dan mak mertua, anak dan menantu serta sorang cucu.satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tengok tv, ayah nyer lalu depan dia. tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada.. kelam kabut dia ..pastu bini , mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut.. semua dah gabra..sambil pegang2 dada… ayah mertua dia pengsan.. tak sedar diri..pastu macam sedar tak sedar.. menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia yang ribakan. dia gabra jugak…pastu bini dia pun suruh sambil tolak2 bahu… mak dia suruh lagi… dah le gabra sgt, dia pun buat.. dia letak kat telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap… "MA ROBBUKA…." "" terkejut bini dan mak mertua dia.. tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.. "OII..AKU TAK MATI LAGI CIS…'"" sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia.. sengeh aje la si menantu "Sekurangnya pak mentua dah bangn"..katanya dalam hati. sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat..

Cerite budak-budak sekola menegah gi rombongan  

Posted by Power Renjis

Salah sebuah sekolah menegah dari simpang rengam membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu. "Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni..." pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. "Nak buang air besar.....? Hishhh.., perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain. "Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni" rayu murid itu. "Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik" balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. "Tolonglah Pak Cik....." rayu murid itu terus. "Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu....." Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. "Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab. " Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!

Driver Teksi Baru  

Posted by Power Renjis

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Fasha menahan teksi untuk menghantarnya pulang. Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik" Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak di depan untuk mengambil duit di ATM. Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah. Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha. Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!" Fasha: "Laaa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!" Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik" Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?" Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..." Fasha: "patutla..."

Lupa  

Posted by Power Renjis

pak pandir dan mak andeh mengadu kepada doktor tentang masalah ingatan yg mereka alami. selepas membuat pemeriksaan,doktor membritahu,kesihatan pak pandir dan mak andeh, ok. tetapi supaya tidak mudah lupa, mereka dinasihatkan menulis ape yg mereka inginkn di ats krtas.

malam itu, smbil menonton cerite p. ramlee, pak pandir meminta mak andeh tolong masakkannye mee segera perisa kari.

pak pandir: tulis tu... perisa kari!

mak andeh: alaaah x payah, sya blh ingat!

baru mak andeh hendak prgi ke dapor,pak pandir berkata lagi,

pak pandir: jangan lupa masukkan telur sebiji.

mak andeh: ok

pak pandir: tulis pada kertas, nanti lupa

mak andeh: alah, saya ingat.

pak pandir: satu lagi, masukkan cili padi sikit. mak andeh nye,tulis kat kertas, nanti lupe!

mak andeh: alah... saya ingatlah. maggi kari,taruk telur ngan cili.

20 minit kemudian, mak andeh kembali ke ruang tamu. tapi yang dibawanya bukan maggi yg ade telur dan cili padi, tapi cekodok!!!!! pak pandir marah betul. kata pak pandir...

pak pandir: kan saya dah kata, tulis, tulis, tapi awk degil. ha... kan awk dah lupa bawa sosnya!!!


Keras Kepala  

Posted by Power Renjis

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.

Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4. Beliaudengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau berdiri Sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun.Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!

chot ke perpustakaan  

Posted by Power Renjis

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.

"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.

"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.

"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata,
"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

Kulup yang berjasa pada TNB  

Posted by Power Renjis

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya.... Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!".( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

Jangan bagi Ali mengamuk  

Posted by Power Renjis

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya..
Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila.
Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak bali! k rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal..
"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"
Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.
Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata...
"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari.
Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...
"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"
"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..

Cepatnya bapak aku  

Posted by Power Renjis

“Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan…

Budak A ” Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa ”
Budak B dan Budak C menjawab ” Bapak kami pun ahli sukan jugak”.

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan….

Budak A meneruskan cerita..” Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah ”

” Itu tak heran ” kata Budak B ” Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut”

“Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini” kata Budak C. ” Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.30 petang, pukul 3.00 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. ”

Adus perut ku  

Posted by Power Renjis

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

Kaki Bertaruh  

Posted by Power Renjis

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menympan RM1000 nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya…

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo… ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Di : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Di : Macam ni… dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe… saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..

Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya… Mari sini aku pegang…

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata..

Pak Di : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Di pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror… Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Di..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..

Manager : Tak guna punya orang tua

Kebetulan  

Posted by Power Renjis

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,

“Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Ha ha Kantoi  

Posted by Power Renjis

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh besar dengan maid indonesianya. .. maka si suami dengan hati yg suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..Apa hal ni!!!!!

Yang... . kenapa bising2 ni"... ..jawap si isteri dgn nada marah... "ni hah!!!!! seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat Beijing tuhh!!! " Disambut pulak oleh si suami ... ." alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising satu kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi... " Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau... ... 10 helai!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)" Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi... dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya... ."betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ? Ingat... .kamu mesti bercakap benar!!!"

Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah. .. . " tapi... tapi... tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!! "

Suami Yang Taat  

Posted by Power Renjis

Kisah Kasih Suami Pada Isteri Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS

TERLEPAS SUDAH