kiasan pada yang patut  

Posted by Power Renjis

Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Manager nya...

Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan berpakaian kemas.. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin saja.

Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua Jabatan..

Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas.. Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari.

Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..

Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas.. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari.

Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia..

Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi.

Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya..

Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan gerhana.. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.

0 comments

Post a Comment

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN

FOLLOW, PROMOTE DAN AJAK KAWAN2

Semua artikal lawak yang diterbitkan disini tiada kaitan langsung dengan anda. Diharapkan jangan ada yang menghantar komen mencarut menggunakan nama anonymous. Semua artikal adalah sama sekali tidak logik. Pengunjung normal yang bernama manusia mestilah waras menilai dan wajib paham ini adalah blog lawak! TQ.

KETUA JAJAHAN

PERLUKAN PROJEK


Product :
Billboard. Bunting. Movie Banner/Poster. POP/POS Sign. Standee. Backdrop. Vechicle & Building Wrap. Roll Up System. Window Graphic. Flag. Site Hoardings. Retail Displays. Exhibit & Displays. Labels. outdoor banners. Tents and Awnings. Truck Side Curtains.

All-in-One Printer :
Paper. Wall Paper. Canvas. Fabric. Satin. Tyvek. Covek. Transparent. Coloured and White Sticker. Mesh. Banner Flex. DuraTrans. Synthetic Paper. Backlift and Frontlit Vinly. PVC films.

Some of the organizations we've worked with include :
Warner Bros. Intl,California USA and WB's Worldwide Offices, Village Roadshow Australia and New Zealand, Petronas, Bank Negara, Tenaga Nasional Berhad, Celcom, TM Berhad, TV3, Malaysian Government : MIAT, KEKKWA, KPDN HEP, KDRM, BOMBA WP and more.

UNGM
United Nations Global Marketplace
International Fund for Agricultural Development (IFAD) registration.

WORLDWIDE AGENT WANTED. SMS 013-9140 888 Please Contact powerrenjis@gmail.com

KONGSI GELAP

Para pelawat digalakkan untuk berkongsi apa saja email-email yang menarik bersama.Sila hantar ke alamat email powerrenjis@gmail.com

MALAYSIA

MALAYSIA

ORANG SESAT

KOTAK DERMA





POWER RENJIS